maklumat profesional
etiologi
patofisiologi
diagnosis
jenis epilepsi
rawatan
isu warga tua
isu kanak-kanak
sejarah




                   

    

Secara amnya, kira-kira satu daripada 25 kanak-kanak mengalami sekurang-kurangnya satu seizur febril. Seizur febril biasanya berlaku di kalangan kanak-kanak yang berumur antara 6 bulan hingga 5 tahun. Mereka jarang mengalami seizur febril yang pertama sebelum umur 6 bulan atau selepas umur 3 tahun.3


Apa itu seizur febril
Apa yang menyebabkan kanak-kanak cenderung kepada seizur febril berulangan
Adakah seizur febril bahaya
Bagaimanakah seizur febril didiagnoskan
Bagaimanakah seizur febril dapat dicegah

Pengurusan Epilepsi dikalangan Kanak-Kanak

Apa itu seizur febril?

          Seizur febril merupakan konvulsi yang berlaku akibat dari demam di kalangan infan atau kanak-kanak kecil. Semasa berlakunya seizur ini, seseorang budak selalunya kehilangan kesedaran dan menggeletar, menggerakkan anggota badannya pada kedua-dua belah badan. Budak itu jarang menjadi kaku atau menyentak pada hanya sebahagian badan, seperti sebelah lengan atau kaki sahaja. Kebanyakan seizur febril berlanjutan untuk satu atau dua minit, walaupun ada yang berlaku untuk beberapa saat saja manakala ada yang berlanjutan sehingga melebihi 15 minit. Majority kanak-kanak dengan seizur febril mempunyai suhu rektal yang lebih dari 1020 darjah F. Kebanyakan seizur berlaku semasa hari pertama demam kanak-kanak. Kanak-kanak yang cenderung kepada seizur febril tidak dianggap mempunyai epilepsi kerana epilepsi dicirikan sebagai seizur berulangan di mana tidak di aruhkan oleh demam.

 Apa yang menyebabkan kanak-kanak cenderung kepada seizur febril berulangan?

          Beberapa faktor menyumbang kepada risiko seizur febril berulangan, termasuk umur yang muda (kurang dari 15 bulan) semasa berlakunya seizur pertama, demam yang kerap serta sejarah keluarga dengan seizur febril. Jika seizur berlaku cepat selepas demam atau apabila suhu adalah rendah secara relatif, risiko ulangan adalah agak tinggi.

Adakah seizur febril bahaya?

          Kebanyakan seizur febril adalah tidak membahayakan. Semasa berlakunya seizur, terdapat sedikit risiko bahawa kanak-kanak mungkin tercedera akibat kejatuhan atau tercekik oleh makanan atau air liur yang berada dalam mulut. Penggunaan teknik pertolongan cemas yang betul akan membantu dalam mencegah kejadian tersebut. Tiada bukti yang menyatakan seizur febril mengakibatkan kerosakan otak. Sungguhpun bagi seizur yang berlaku lebih dari satu jam tempohnya, kebanyakan kanak-kanak masih dapat pulih dengan sempurna. Antara 95 dan 98 peratus daripada kanak-kanak yang mengalami seizur febril tidak terus berkembang kepada epilepsi. Walau bagaimanapun, sesetengah dari mereka masih mempunyai risiko untuk membangunkan epilepsi. Golongan ini termasuk mereka yang mempunyai seizur yang serang sebahagian badan, atau berulang dalam 24 jam, serta yang mempunyai keabnormalan neurologikal. Sekiranya kanak-kanak tidak mempunyai faktor risiko yang tersebut di atas, hanya 1 dalam 100 yang mendapat epilepsi setelah seizur febril. 

Bagaimanakah seizur febril didiagnoskan?

          Sebelum diagnosis seizur febril dilakukan dalam infan atau kanak-kanak, doktor kadang-kala menjalankan ujian untuk memastikan seizur adalah bukan disebabkan oleh perkara selain demam sendiri. Sebagai contohnya, jika seseorang doktor mengesyaki budak itu mengalami meningitis, tanda jangkitan dalam bendalir serebrospinal perlu disemak. Sekiranya terdapat diarea atau muntah yang teruk, dehidrasi mungkin bertanggungjawab untuk seizur. Juga, doktor selalunya menjalankan ujian seperti pemeriksaan darah dan urin bagi menentukan punca demam kanak-kanak. Seseorang kanak-kanak yang mengalami seizur febril selalunya tidak perlu dimasukkan ke dalam hospital. Sekiranya seizur itu adalah berpanjangan atau disertai dengan jangkitan serius, ataupun sumber jangkitan tidak dapat ditentukan, doktor akan mencadangkan kanak-kanak tersebut dimasukkan ke hospital untuk tujuan pemerhatian.

Bagaimanakah seizur febril dapat dicegah?

          Apabila seorang kanak-kanak mengalami demam, biasanya mereka diberikan acetaminophen atau ibuprofen untuk melegakan kanak-kanak, walaupun tiada kajian yang membuktikan mereka dapat mengurangkan risiko seizur. Satu cara pencegahan adalah cuba mengurangkan bilangan kejadian penyakit febril, tetapi ini biasanya bukan cara yang praktikal. Penggunaan berpanjangan oral antikonvulsi seperti Phenobarbital atau valproate bagi mencegah seizur febril biasanya tidak direkomenkan kerana potensi kesan sampingan dan keberkesanannya dalam pencegahan seizur. Kanak-kanak yang cenderung kepada seizur febril boleh dirawat dengan drug diazepam secara oral atau rektal, apabila berlakunya demam. Majoriti kanak-kanak dengan seizur febril tidak memerlukan rawatan drug, tetapi dalam sesetengah kes doktor akan memberikan drug hanya apabila berlaku demam sebagai satu kaedah pencegahan yang baik. Pengubatan tersebut mungkin menurunkan risiko mengalami seizur febril yang lain. Ia biasanya dapat ditolerate dengan baik, walaupun ia juga mungkin mengakibatkan rasa mengantuk, kekurangan koordinasi, atau hiperaktiviti. Kanak-kanak berbeza-beza dalam kepekaan mereka terhadap kesan sampingan tersebut. 

 

            Seseorang kanak-kanak yang mengalami seizur permulaan tunggal harus menjalani penilaian untuk menentukan samada seizur tersebut menunjukkan satu sindrom epilepsi. Satu seizur tunggal tidak secara signifikannya memerlukan rawatan. Satu penilaian yang lebih intensif diperlukan dalam kanak-kanak yang mempunyai sejarah epilepsi ulangan. Antara kajian yang harus termasuk dalam penilaian adalah elektroensefalogram dan kajian ‘imaging’ bagi otak. Magnetic resonance imaging (MRI) merupakan kajian yang digemari. Sekiranya MRI tidak dapat diperolehi, 'computed tomography' juga boleh diterima.4

          Prinsip rawatan umum termasuk permulaan terapi dengan satu drug dan penggunaan faktor pesakit yang spesifik sebagai panduan dalam terapi. Tempoh rawatan adalah bergantung pada sindrom epilepsi, respon kanak-kanak terhadap rawatan dan umur kanak-kanak pada onset epilepsi. Berikut adalah pendekatan pengurusan bagi jenis seizur yang berlainan dalam kanak-kanak:

§       Idiopathic Benign Partial Seizures. Pemilihan rawatan adalah berdasarkan simptom dan dalam sesetengah kanak-kanak, terapi drug mungkin tidak diperlukan. Jika terapi drug adalah perlu, pemilihan drug boleh berdasarkan profil keselamatan dan kesan sampingan drug. Hampir kesemua drug anti-epileptik dapat mengawal seizur partial dengan efektif. Carbamazepine merupakan salah satu drug pilihan bagi jenis gangguan seizur ini. Agen anti-epileptik yang lebih baru, gabapentin juga merupakan satu lagi drug pilihan kerana mempunyai profil kesan sampingan yang rendah dan lebih selamat. Barbiturate dan benzodiazepine tidak harus digunakan sebagai terapi barisan pertama.

§       Symptomatic Partial Epilepsy. Penilaian intensif, termasuk penilaian bagi intervensi pembedahan awal, telah direkomen untuk kanak-kanak dengan simptomatik partial epilepsi. Agen anti-epileptik gabapentin dicadangkan sebagai satu drug yang mempunyai profil kesan sampingan yang memuaskan. Mengikut rekomendasi yang ada, banyak agen anti-epileptik baru yang belum diluluskan untuk digunakan dalam kanak-kanak mungkin boleh dicubakan dalam pesakit yang refraktori terhadap rawatan barisan pertama dengan agen standard.

§       Generalized Absence Epilepsy. Di samping ethosuximide dan valproate paling biasa digunakan untuk mengawal generalized absence epilepsi, sebahagian agen anti-epileptik yang baru mungkin merupakan pilihan sekiranya absence epilepsi adalah refraktori terhadap rawatan standard atau pesakit tidak dapat tolerate terapi standard.

§       Simple Febrile Seizures. Penilaian klinikal direkomenkan dalam kanak-kanak yang mempunyai simple febrile seizur, tetapi rawatan selalunya tidak diperlukan. Satu penilaian diagnostik diindikasikan jika kompleks febrile seizur telah berlaku.

§       Status Epilepticus. Risiko berlakunya ulangan seizur meningkat dalam kanak-kanak yang pernah menghadapi seizur dalam bentuk status epileptikus. Hasil dari penilaian klinikal akan menentukan samada terapi jangka panjang diperlukan atau tidak.
 

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau masalah mengenai penyakit epilepsi. Kami bersedia untuk menjawab kemusykilan anda.
 

[laman utama][maklumat awam][maklumat profesional][faq][bantuan kecemasan][capaian & k.sokongan] [kalender akitiviti][kenali kami]