|
Etiologi
Daripada kajian yang dilakukan, dapat dijangkakan bahawa terdapat 50 juta
orang penghuni di seluruh dunia mengalami epilepsi. Sementara itu, lebih
kurang 75% daripada jumlah pesakit tersebut mendapati gelugut epileptik
sejak peringkat kanak-kanak. Terdapat lebih kurang 5% daripada jumlah
populasi akan mendapati sekurang-kurangnya sekali gelugut, ini tidak
termasuk 5% kanak-kanak yang mempunyai gelugut akibat demam.3
Epilepsi tidak diiringi oleh
sebarang penyakit yang tertentu. Kebanyakan keabnormalan pada sistem saraf
boleh menyebabkan aktiviti gelugut. Gelugut boleh juga berlaku pada
sistem saraf yang normal apabila terdapat gangguan pada keseimbangan
metabolik.Etiologi (punca) epilepsi boleh menjadi idiopatik ataupun
berkaitan dengan keadaan penyakit tertentu. Daripada jumlah kes epilepsi
yang dilaporkan, lebih kurang 35% kes yang tidak mempunyai punca yang jelas.4
Etiologi berkaitan dengan waktu onset, umur dan drug. Selain itu
terdapt juga gangguan-gangguan yang menyerupai kejadian gelugut. Maklumat
lanjut boleh diperoleh daripada laman-laman berikutnya.
Etiologi dan
Umur
Faktor Penyebab Gelugut bagi Onset Baru
Drug-Drug Yang Boleh Menyebabkan Gelugut
Gangguan-Gangguan Yang Mimik Gangguan
Gelugut
  |
|
Rujukan
1.
Textbook Of Therapeutics: Drug and Disease
Management 7th Edition
Eric T. Herfindel, Pharm.D., M.P.H.; Dick R. Gourley, Pharm.D.
2.
Pharmacotherapy: A Pathophysiologic
Approach 4th Edition
Joseph T. Dipiro, PharmD, FCCP; Robert L. Talbert, PharmD, FCCP, BCPS; Gary
C. Yee, PharmD, FCCP;
Gary R. Matzke, PharmD, FCP, FCCP; Barbara
G. Wells, PharmD, FASHP, FCCP, BCPP; L. Michael Posey, RPh.
3.
http://webmd.lycos.com/
4.
http://www.womenhealthchannel/
|