maklumat profesional
etiologi
etiologi dan umur
etiologi dan onset
etiologi dan drug
gangguan yang mimik gelugut
patofisiologi
diagnosis
jenis epilepsi
rawatan
isu warga tua
isu kanak-kanak
sejarah

Gangguan-Gangguan Yang Mimik Gangguan Gelugut3

         Gangguan gelugut yang sebenar mesti dibezakan daripada pelbagai masalah yang mempunyai simptom-simptom yang menyerupai ataupun menghampiri epilepsi. Gangguan-gangguan tersebut termasuklah gangguan-gangguan serebrovaskular (berkaitan strok), migrain, narkolepsi, sinkop (pitam), dan cemas serta gangguan-gangguan psikiatrik yang lain. Gelugut bukan epileptogenik yang juga dikenali sebagai pseudoseizur merupakan salah satu jenis gangguan yang lebih dikenali oleh pihak pengamal kesihatan. Keadaan tersebut tidak dicetuskan melalui discaj-discaj sel saraf yang menyebabkan epilepsi sebenar, walaupun pesakit akan mengalami ketengangan otot ataupun hilang kesedaran. Gangguan-gangguan tersebut dikatakan mempunyai komponen psikiatrik dan sering terjadi pada pesakit yang mempunyai epilepsi sebenar.

          Walau bagaimanapun, gangguan-gangguan yang mimik gelugut itu dapat dibezakan daripada gelugut sebenar melalui pemonitoran EEG.  

 

Gangguan-Gangguan Yang Mimik Epilepsi1

Refluks gastroesofageal
 

Penghembusan penahanan nafas (Breath-holding spells)
 

Migrain
·       
Konfusional
·       
Basilar
·       
Dengan rekuren kesakitan abdominal dan muntahan siklik

Gangguan Tidur (khasnya parainsomnia)
 

Kejadian kardiovaskular
      ·       
Sinkop infantile pallid (Pallid infantile syncope)

·        Serangan vasovagal

·        Sinkop vasomotor

·        Aritmia kardiak

Gangguan Pergerakan
       ·       
Serangan shuddering

·        Koreoatetosis paroksismal

·        Mioklonus bukan epileptik

·        Spasm habit dan tics

Gangguan psikologikal

·        Gangguan panik

·        Serangan hiperventilasi

·        Pseudoseizure

·        Serangan rage

  Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau masalah mengenai penyakit epilepsi. Kami bersedia untuk menjawab kemusykilan anda.
  [laman utama][maklumat awam][maklumat profesional][faq][bantuan kecemasan][capaian & k.sokongan] [kalender akitiviti][kenali kami]