maklumat profesional
etiologi
patofisiologi
diagnosis
jenis epilepsi
rawatan
isu warga tua
isu kanak-kanak
sejarah


Diagnosis

Epilepsi di diagnosis melalui sejarah dan pemeriksaan klinikal secara lengkap seiring dengan beberapa penyiasatan secara spesifik. Kaedah yang terbaik untuk melakukan dignosis ataupun mengenali pesakit yang mendapat sawan menyeluruh ialah dengan melihat melalui keadaan mata pesakit. Keutamaan diagnosis yang utama ialah untuk membezakan aktiviti sawan menyeluruh  yang dialami oleh pesakit tidak mempunyai punca ( idiopatik ) atau pun daripada aktiviti simpatomatik. Terdapat beberapa kaedah yang digunakan oleh doktor ataupun ahli profesional yang lain dalam mendiagnos ataupun mengenalpasti pesakit yang cenderung untuk mendapat sawan menyeluruh seperti

Eletroencephalogram
Magnetic Resonance Imaging
CT- Scan

EEG ( ELEKTROENCEPHALOGRAM)

n      EEG menunjukan perekodan secara bertulis dimana biasanya aktiviti EEG mengambil masa selama 20 minit atau lebih daripada masa tersebut untuk menilai potensi otak daripada permukaan otak yang dilakukan melalui tempurung kepala. Ia juga boleh direkod secara langsung melalui magnetik ataupun secara digital melalui komputer.

n      Kaedah ini tidak memberikan sebarang kesan sakit dan tanpa wujud sebarang risiko yang melibatkan sentuhan wayar kepada tempurung kepala untuk tujuan perekodan.

n      EEG digunakan dalam mendiagnos pesakit  yang mengalami sawan menyeluruh dengan mengklasifikasikan sawan menyeluruh kepada kelas-kelasnya yang tertentu berdasarkan tempat ataupun bahagian mana dalam otak yang tidak normal dan seterusnya boleh menyebabkan tercetusnya sawan menyeluruh.EEG juga mengukur fungsi otak dan menyediakan maklumat yang berkaitan dengan bekalan pengimejan neuro.

n      Dalam sesetengah kes dimana pesakit mempunyai kekerapan mendapat sawan berulang kali dalam tempoh ataupun dalam jangka masa yang singkat , pemonitoran secara intensif perlu dilakukan dan direkodkan serta ditinjau satu atau lebih kekerapan pesakit mendapat serangan.

n       Teknik EEG yang istimewa dikenali sebagai radiotelemetry yang mana memudahlan pesakit untuk dipindahkan dan melakukan perekodan video secara serentak yang digunakan seiring dengan manifestasi klinikal pada pita video untuk analisis. Melalui kaedah ini gambar yang jelas dapat dapat dinilai jenis serangannya , kekerapan serangan dan tempat asal serangan didalam otak.

n      Biasanya kaedah ini paling banyak digunakan oleh doktor ataupun ahli profesional kesihatan yang lain dalam mengenalpasti punca dan pengkelasan sawan menyeluruh yang dialami oleh pesakit.

n      Kebaikan menggunakan kaedah  EEG ini ialah senang untuk diulangi , harga ataupun bayaran yang dikenakan keatas pesakit berpatutan dan tidak mahal yang mampu dibayar oleh semua golongan   
 

MAGNETIC RESONANCE IMAGING ( MRI )

n      MRI merupakan salah satu kaedah yang digunakan untuk mengesan tapak lesi otak ataupun sebarang kecacatan /kerosakan anatomi dimana x- ray ataupun CT-Scan tidak dapat mengesannya. MRI menyediakan imej organ dalaman dengan tepat dan lengkap.Oleh yang demikian kaedah ini juga turut digunakan dalam mengenalpasti dan mendiagnos jenis sawan menyeluruh yang dialami oleh pesakit.

n      Kaedah ini dijalankan dimana pesakit akan ditempatkan di dalam satu magnet besar yang berpusing –pusing. Magnet tersebut akan menyebabkan proton dalam badan akan berputar dalam haluan yang sama . Frekuensi isyarat radio kemudiaannya akan menyinar ke dalam kawasan magnetik tersebut yang mana akan menyebabkan proton tersebut bergerak keluar secara lurus.

n      Bila isyarat radio tersebut dihentikan , proton akan bergerak balik kembali ke posisi asal yang dihasilkan  melalui kesan magnetik tersebut dengan pembebasan tenaga. Lingkaran penerima akan mengukur tenaga yang dibebaskan itu dan pada masa yang tersebut lingkaran penerima akan menarik proton yang terbebas tersebut kembali ke kedudukan asal dimana proton tersebut dihasilkan. Keadaan ini akan membekalkan maklumat yang mana kita dapat mengetahui jenis-jenis tisu  yang dapat ataupun berupaya menghasilkan punca tenaga.

n      Komputer kemudiaannya akan akan memproses semua maklumat dan akan membentuk dua atau lebih gambar berdimensi. Semasa pemeriksaan tisu yang mana akan muncul atau dapat dilihat melalui skrin televisyen.Salinan asal imej ini akan dihasilkan di atas filem ataupun pita magnetik.

n      MRI menggabungkan imej anatomi dengan ciri-ciri tisu lembut yang terbaik. Ia bukan sahaja menggunakan sinaran pengionan dan tidak memerlukan agen yang berbeza untuk mengenalpasti struktur vaskular. Walaubagaimanapun  , agen  spesifik yang berbeza iaitu gadolinium digunakan pada masa kini dalam sesetengah keadaan untuk meningkatkan imej yang dihasilkan.

n      Namun demikian keburukan MRI ialah kaedah ini tidak boleh digunakan dalam pesakit yang menggunakan pencetus maker ( pencetus jantung ) , individu yang menggunakan alat gantiaan dalam badannya dan sebagainya.  
 

CT-SCAN

n      CT- SCAN juga dikenali sebagai  ‘ Computed Axial Tomography ‘ scanning.Kaedah ini adalah tidak menyakitkan , kaedah yang tidak menjangkaui ( noninvasive ) untuk memperolehi tiga dimensi gambar pada struktur bahagian badan yang menggunakan bahagian melintang x- ray. Scan yang lengkap akan mengandungi banyak gambar.

n      Dalam mendiagnoskan seseorang mengalami sawan menyeluruh , kaedah CT- Scan ini jarang digunakan oleh doktor ataupun ahli profesional kesihatan yang lain. Walaubagaimanapun kaedah ini masih terus digunakan dalam menentukan pengkelasan sawan menyeluruh yang dialami oeh pesakit.

n      Dalam kaedah ini,  sumber ataupun sinaran x-ray bersama- sama dengan pengesan gamma , berputar mengelilingi pesakit dalam lengkungan 360 darjah. Sinaran x-ray ini sangat sempit dan hanya membenarkan sejumlah kecil sinaran tersebar sahaja. Kaedah ini menggunakan pengukuran secara serentak dalam mengukur keamatan penyebaran sinaran.

 

n      Komputer digunakan untuk mengira jumlah penyebaran yang diserap melalui setiap volum tisu dan menetapkan skala Gray untuk tujuan pengiraan tersebut. Komputer akan menganalisis bilangan dan bentuk gambar bahagian silang ( cross – sectional pictures ) yang mana boleh dimainkan pada skrin ataupun menghasikannya sebagai ‘ hardcopy ‘ untuk rekod tetap dan penganalisaan.

 

n      Media yang berbeza digunakan untuk suntikan secara intravena ( ke dalam salur darah  ) untuk meningkatkan imej pada otak , struktur bahagian perut dan salur darah.

 

n      CT-SCAN mempunyai banyak tujuan tetapi dalam sawan menyeluruh kaedah ini di gunakan untuk menilai gangguan pada korda spina dan untuk menentukan keberkesanan terapi yang digunakan dalam rawatan sawan pesakit.  

Dalam mendiagnos pesakit yang mengalami sawan secara menyeluruh ini biasanya pesakit dan keluarga pesakit perlu memainkan peranan dimana doktor ataupun ahli profesional yang lain akan mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan keadaan pesakit seperti kekerapan terjadinya sawan, faktor yang mungkin dapat dijadikan punca pesakit mendapat serangan sawan , jangkamasa pesakit mendapat ataupun mengalami serangan.

Selain daripada itu, pemeriksaan makmal juga dilakukan di mana ujian-ujian seperti bilangan sel darah (CBC), urinalisis dan ujian darah pesakit dilakukan untuk mengenalpasti punca penyakit.


 

  Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau masalah mengenai penyakit epilepsi. Kami bersedia untuk menjawab kemusykilan anda.
  [laman utama][maklumat awam][maklumat profesional][faq][bantuan kecemasan][capaian & k.sokongan] [kalender akitiviti][kenali kami]