Klik Disini Untuk Download Syarat PERTANDINGAN

Klik Disini Untuk Download Syarat PERBARISAN TOT 36

 
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

Kejohanan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang Kesatuan Olahraga Antarabangsa (IAAF), dan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola Temasya Olahraga Tahunan (TOT) USM.

 

 

1.0        PENGELOLAAN

 

          Pertandingan ini akan diadakan pada semester kedua pada setiap Sidang Akademik dan dikelolakan sepenuhnya oleh Jawatankuasa yang terdiri daripada:

           

                  1.1                            Jawatankuasa Induk

 

                  1.2                                     Jawatankuasa Pengelola

 

                  1.3                            Jawatankuasa Teknikal/Pertandingan

           

 

2.0     KELAYAKAN

 

            2.1       Temasya ini terbuka kepada:-

 

                        2.1.1       Semua pelajar USM yang berdaftar sepenuh masa termasuk pelajar-pelajar antarabangsa.

 

                        2.1.2       Staf yang bekerja dalam mana-mana jabatan atau bahagian di USM yang dibayar gaji oleh USM.

 

                        2.1.3       Staf Palapes Tentera Darat USM, Palapes Tentera Laut USM dan SUKSIS dibenarkan mewakili Kontingen Staf.

 

            2.2       Staf yang bekerja di desasiswa-desasiswa mesti mewakili Desasiswa masing-masing termasuk staf Desasiswa di kampus cawangan.

 

            2.3       Staf yang bekerja di kampus cawangan hendaklah mewakili kontingen staf kampus cawangan masing-masing.

 

            2.4       Kaum keluarga staf atau pelajar USM yang tidak memenuhi syarat-syarat 2.1.1 dan 2.1.2  di atas TIDAK dibenarkan menyertai temasya ini.

 

2.5       Pelajar-pelajar USM yang tidak menginap di desasiswa TIDAK BOLEH mewakili mana-mana desasiswa yang memerlukan perkhidmatan mereka.  Mereka diwajibkan mewakili Kontingen PETAS.

 

 

3.0     PENYERTAAN

 

BIL

ACARA

PENYERTAAN SETIAP KONTINGEN

 

3.1

 

100m (L/W/VL)

200m (L/W/VL)

400m (L/W)

800m (L/W)

110m Lari Berpagar (L)

100m Lari Berpagar (W)

400m Lari Berpagar (L/W)

Lompat Tinggi (L/W)

Lompat Jauh (L/W)

Lompat Kijang (L/W)

Melontar Peluru (L/W)

Melempar Cakera (L/W)

Merejam Lembing (L/W)

Lombol Bergalah (L)

Decathlon (L)

 

 

Maksimum 2 orang bagi setiap acara.

 

3.2

 

1500m (L/W/SVL)

3000m Lari Berhalangan (L) 

3000m (W)

5000m (L)

3000m Jalan Kaki (VL/SVL/SVW)

5000m Jalan Kaki (W)

10000m Jalan Kaki (L)

 

 

Maksimum 3 orang bagi setiap acara

 

3.3

 

4 x 100m (L/W)

4 x 400m (L/W)

Tarik Tali (L/W)

 

 

Maksimum 1 pasukan setiap acara.

           

 

           

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

            3.5       Jika terdapat satu-satu kontingen yang menghantar lebih peserta daripada bilangan yang ditetapkan, peserta-peserta yang berlebihan mengikut susunan akan secara automatik DIGUGURKAN.

 

                        3.5.1    Acara Veteran - penyertaan adalah terhad kepada peserta-peserta yang berumur 35 tahun ke atas pada hari pertandingan.

 

3.5.2   Acara Senior Veteran - penyertaan adalah terhad kepada peserta-peserta yang berumur 45 tahun ke atas pada hari pertandingan.

 

3.5.3    Salinan fotostat kad pengenalan WAJIB dihantar dengan borang penyertaan bagi acara veteran dan senior veteran.

 

                   3.5.4    Staf Palapes Tentera Darat,  Staf Palapes Tentera Laut  dan SUKSIS perlu sertakan salinan surat beranak atau sebarang dokumen yang dapat mengesahkan tarikh lahir.

 

3.6       Jawatankuasa Teknikal/Pertandingan TOT berhak membatalkan mana-mana acara jika bilangan peserta kurang daripada 5 orang atau 5 pasukan KECUALI untuk  acara veteran dan senior veteran tidak kurang daripada 3  orang atau 3 pasukan.

 

 

 

 

 

3.7       Setiap peserta hanya dibenarkan mengambil maksimum empat (4) acara berdasarkan kombinasi seperti berikut:

 

ACARA BALAPAN (TREK)

ACARA PADANG

INDIVIDU

BERPASUKAN

2

1

1

1

1

2

1

2

1

2

2

-

2

-

2

-

2

2

         

Nota: Semua kombinasi acara di atas tidak termasuk acara tarik tali

 

3.7.1    Jika seseorang peserta tidak mematuhi Perkara 3.7, pihak Jawatankuasa Teknikal/Pertandingan TOT berhak menggugurkan acara-acara yang berlebihan dari pendaftaran dan kontingen berkenaan dianggap sebagai tidak menghantar peserta bagi acara tersebut.

 

 

4.0     PENGGANTIAN

 

          4.1       Peserta yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk melakukan gugur ganti kepada acara-acara yang telah berdaftar.

 

                        4.1.1    Proses gugur ganti peserta dalam acara yang telah didaftarkan hanya boleh dibuat melalui borang gugur ganti sahaja.

 

            4.2       Peserta yang MENARIK DIRI dari acara perseorangan dianggap menarik diri daripada pertandingan dan tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam sebarang acara lain.

 

 

5.0     PENGESAHAN PENYERTAAN

 

            5.1       Borang-borang penyertaan yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan kepada Jawatankuasa Teknikal/Pertandingan TOT di Pejabat Unit Sukan pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan.

 

            5.2       Borang-borang ini akan disemak oleh Jawatankuasa Pertandingan dan akan dikembalikan salinannya kepada kontingen selepas disahkan.

 

            5.3       Penyertaan tambahan TIDAK akan diterima selepas tarikh yang telah dinyatakan TETAPI penggantian di bawah fasal (4.1) akan dibenarkan.

 

5.4              Berdasarkan tarikh tutup yang telah ditetapkan dalam sistem online melalui Penggawa Desasiswa masing-masing.

 

 

 

 

6.0       ACARA-ACARA YANG DIPERTANDINGKAN       

 

ACARA

LELAKI

WANITA

VETERAN

SENIOR VETERAN

Balapan

100m

100m

100m (L)

 

200m

200m

200m (L)

 

400m

400m     

 

 

800m

800m     

 

 

1500m

1500m

 

1500m (L)

5000m

3000m

 

 

110m Lari Berpagar

100m Lari Berpagar

 

 

400m Lari Berpagar

400m Lari Berpagar

 

 

3000m

 

 

 

Lari Berhalangan

 

 

 

10000m Jalan Kaki     

3000m Jalan Kaki

3000m Jalan Kaki (L)

3000m Jalan Kaki (L/W)   

 

Berpasukan

4 x 100m                  

4 x 100m

 

 

4 x 400m

4 x 400m

 

 

Tarik Tali

Tarik Tali

 

 

 

Padang

Lompat Tinggi

Lompat Tinggi     

 

 

Lompat Jauh

Lompat Jauh         

 

 

Lompat Kijang

Lompat Kijang

 

 

Melontar Peluru

Melontar Peluru

 

 

Melempar Cakera  

Melempar Cakera

 

 

Merejam Lembing      

Merejam Lembing

 

 

Lombol Bergalah

 

 

 

 

Decathlon

Hari Pertama

100m

 

 

 

Lompat Jauh

 

 

 

Melontar Peluru

 

 

 

Lompat Tinggi

 

 

 

400m

 

 

 

 

Hari Kedua

110m Lari Berpagar

 

 

 

Melempar Cakera

 

 

 

Lombol Bergalah

 

 

 

Merejam Lembing

 

 

 

1500m

 

 

 

 

 

 

 

 

 

7.0        UKURAN TINGGI PALANG PERMULAAN

 

7.1         Lompat Tinggi (Lelaki)

 

1.45m ditetapkan untuk latihan.  Untuk pertandingan, ketinggian berpalang ditetapkan mulai 1.50m dan akan dinaikkan seperti berikut:-

 

1.60m, 1.65m, 1.70m dan dinaikkan 3cm pada tiap-tiap kenaikan seterusnya.

 

7.2         Lompat Tinggi (Wanita)

 

1.05m ditetapkan untuk latihan.  Untuk pertandingan, ketinggian palang ditetapkan mulai 1.10m dan akan dinaikkan seperti berikut:-

 

1.15m, 1.20m, 1.25m, 1.30m dan dinaikkan 3cm pada tiap-tiap kenaikan seterusnya.

 

7.3         Lombol Bergalah

 

1.95m ditetapkan untuk latihan.  Untuk pertandingan, ketinggian palang ditetapkan mulai 2.00m  dan akan dinaikkan 0.10m seperti berikut:-

 

2.10m, 2.20m, 2.30m, 2.40m dan dinaikkan 5cm bagi kenaikan seterusnya.

 

7.4         Ketinggian permulaan bagi acara lompat tinggi dan lombol bergalah dalam acara decathlon akan ditentukan semasa mesyuarat pengurus pasukan.

 

 

8.0        JARAK TARAF

 

8.1       Bagi  acara merejam lembing, lontar peluru dan melempar cakera jarak taraf ditetapkan bagi peserta wanita dan lelaki:

 

BIL.

ACARA

LELAKI

WANITA

8.1.1

Merejam Lembing

30m

18m

8.1.2

Melempar Cakera

20m

16m

8.1.3

Lontar Peluru

8m

6m

8.1.4

Lompat Kijang

11m

7m

8.1.5

Lompat Jauh

5m

3m

 

            8.2       Jarak yang kurang daripada jarak tersebut tidak akan dikira.

 

 

9.0     HEBAHAN

 

Hebahan panggilan peserta untuk melaporkan diri bagi acara-acara yang dijalankan akan dibuat oleh penyelia peserta sekali sahaja.  Maklumat mengenai melapor diri juga disediakan di papan kenyataan.

 

 

 

 

 

 

10.0   MASA MELAPOR DIRI

 

          10.1    Acara-acara balapan:

 

                        Peserta-peserta atau wakil dikehendaki mengesahkan penyertaan kepada Penyelia Peserta 30 minit sebelum acara mereka dimulakan.

 

            10.2    Acara-acara padang:

 

                        Peserta-peserta atau wakil dikehendaki mengesahkan penyertaan kepada Penyelia Peserta 40 minit sebelum acara mereka dimulakan.

 

            10.3     Semasa melaporkan diri, peserta mestilah memakai nombor seperti mana yang telah ditetapkan.

 

            10.4    Peserta-peserta yang telah lewat melaporkan diri mengikut fasal (10.1) dan (10.2) TIDAK dibenarkan mengambil bahagian dan dianggap menarik diri. Sekiranya peserta-peserta tersebut masih tidak melaporkan diri 10 minit sebelum acara mereka dimulakan, mereka tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam acara lain.

 

 

11.0   PENYERTAAN SERENTAK

 

            11.1     Jika terdapat seseorang peserta menyertai acara balapan dan padang yang dijalankan serentak, peserta yang berkenaan hendaklah melaporkan diri kepada Pegawai Padang dahulu dan kemudian melaporkan diri kepada Pelepas.

 

 

12.0     PEMBAHAGIAN LORONG DAN GILIRAN PERTANDINGAN

 

          Pembahagian lorong dan giliran untuk semua acara adalah seperti berikut:-

 

            12.1     Pengundian akan dijalankan semasa mesyuarat kontingen pertama.

 

12.1.1  Undian lorong bagi acara balapan dan giliran pertandingan bagi acara padang pada pusingan pertama/separuh akhir serta mana-mana acara yang ditetapkan sebagai acara akhir akan dilakukan oleh Jawatankuasa Teknikal/Pertandingan TOT.

           

            12.2     Undian untuk lorong-lorong bagi pusingan berikutnya akan dilakukan semasa kejohanan berlangsung oleh Pengurus Kejohanan mengikut panduan dalam kejohanan olahraga peringkat negeri dan negara.

 

                        

13.0   CARA MEMUTUSKAN PESERTA KE PERINGKAT AKHIR

 

13.1      100m, 200m, 400m, 100m LP, 110m LP, 400m LP

           

Peserta Berdaftar

Layak Pusingan 1

Layak Pusingan 2

Layak Pusingan 3

Saringan

Ked.

Masa

Saringan

Ked.

Masa

Saringan

Ked.

9 – 16

2

3

2

 

 

 

 

 

17 – 24

3

2

2

 

 

 

 

 

* 25 - 32

4

3

4

2

4

 

 

 

 

 

 

13.2      800m, 4 x 100m dan 4 x 400m

           

Peserta Berdaftar

Layak Pusingan 1

Layak Pusingan 2

Layak Pusingan 3

Saringan

Ked.

Masa

Saringan

Ked.

Masa

Saringan

Ked.

9 – 16

2

3

2

 

 

 

 

 

17 – 24

3

2

2

 

 

 

 

 

* 25 - 32

4

3

4

2

3

2

 

 

 

13.3      1500m

           

Peserta Berdaftar

Layak Pusingan 1

Layak Pusingan 2

Saringan

Ked.

Masa

Saringan

Ked.

Masa

16 - 24

2

4

4

 

 

 

25 - 36

3

6

6

 

 

 

 

13.4      3000m LB dan 3000m

           

Peserta Berdaftar

Layak Pusingan 1

Layak Pusingan 2

Saringan

Ked.

Masa

Saringan

Ked.

Masa

16 – 30

2

4

4

 

 

 

 

13.5      5000m

           

Peserta Berdaftar

Layak Pusingan 1

Layak Pusingan 2

Saringan

Ked.

Masa

Saringan

Ked.

Masa

20 – 38

2

5

5

 

 

 

 

13.6      10,000m

           

Peserta Berdaftar

Layak Pusingan 1

Saringan

Ked.

Masa

28 – 54

2

8

4

 

            NOTA:          Ke semua perkara 13.1 hingga 13.6 tertakluk kepada Jawatankuasa Teknikal Pertandingan.  Sebarang perubahan mengenai perkara di atas tertakluk kepada Jawatankuasa Teknikal Pertandingan.

 

 

14.0   PAKAIAN

 

            14.1     Peserta mestilah berpakaian sesuai mengikut peraturan KOAM.

 

            14.2     Nombor peserta mesti dipakai di hadapan (separas dada) dan di belakang, dan boleh dilihat dengan jelas.

 

            14.3     Bagi acara lompat tinggi dan lombol bergalah, nombor boleh dipakai di hadapan atau di belakang.

 

            14.4     Upacara penyampaian hadiah akan dijalankan dari semasa ke semasa dan pemenang-pemenang dikehendaki berpakaian kemas serta berkasut.

 

14.4.1    Pengurus Kontingen dikehendaki menghantar wakil untuk menerima hadiah sekiranya pemenang tidak dapat menghadirkan diri.

 

 

15.0     HADIAH

 

BIL

ACARA

HADIAH/PINGAT/JUMLAH

 

15.1

 

Perseorangan

 

Tiga (3) hadiah – 1 Emas, 1 Perak dan

1 Gangsa

 

 

15.2

 

Berpasukan (6 orang)

 

Tiga (3) hadiah – 1 Emas, 1 Perak dan

1 Gangsa

 

 

15.3

 

1500m (L/W/S.V)

3000m (W)

5000m (L)

3000m Lari Berhalangan (L)

3000m Jalan Kaki (W/V/S.V)

10000m Jalan Kaki (L)

Decathlon

 

 

Lima (5) hadiah – 1 Emas, 1 Perak dan

3 Gangsa

15.4

Tarik Tali (10 orang) (L/W)

Empat (4) hadiah – 2 Emas, 2 Perak

15.5

Pencapaian Atlet Terbaik (Lelaki)

Seorang (1)

15.6

Pencapaian Atlet Terbaik (Wanita)

Seorang (1)

 

15.7

 

Perbarisan Terbaik

 

  Johan

  Naib Johan

 

 

15.8

 

Khemah Terbaik

 

  Johan

  Naib Johan

 

 

15.9

 

Maskot Terbaik

 

  Johan

  Naib Johan

 

 

15.10

 

Kumpulan Sorak Terbaik

 

  Johan

  Naib Johan

 

15.11

Johan Keseluruhan Lelaki

Satu (1)

15.12

Johan Keseluruhan Wanita

Satu (1)

 

 

            15.13   Piala-piala pusingan berikut akan disampaikan semasa upacara penutupan.

 

15.13.1    Perbarisan Terbaik

15.13.2    Khemah Terbaik

15.13.3    Johan Pasukan Lelaki

15.13.4    Johan Pasukan Wanita

 

                        (Piala-piala pusingan adalah di bawah jagaan Pengurus-pengurus Pasukan dan mesti diserahkan kepada Pejabat Sukan dua bulan sebelum tarikh kejohanan yang berikutnya).

 

          15.14  Penerimaan Hadiah

 

                        Para pemenang dikehendaki melapor diri 10 minit lebih awal sebelum upacara penyampaian hadiah.

 

 

16.0     PERALATAN

 

16.1          Semua peralatan pertandingan akan dibekalkan oleh penganjur termasuk galah lombol jenis aluminium.  Pihak pengelola tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kemalangan yang berlaku akibat penggunaan alat-alat yang disediakan.

 

16.2          Nombor-nombor peserta untuk kontingen tidak akan dibekalkan.  Semua kontingen dikehendaki menyediakan nombor peserta masing-masing di atas kain putih berukuran 22 x 17 cm.  Saiz nombor berukuran 9 cm tinggi dan 1 cm tebal.  Nombor peserta untuk setiap kontingen adalah seperti berikut:-

 

 

WARNA

NAMA

KONTINGEN

PESERTA

LELAKI

PESERTA

WANITA

 

(Huruf)

(Hitam)

(Merah)

 

HIJAU & MEROON

UNGU

OREN & MERAH JAMBU & HITAM

KUNING KEEMASAN

BIRU & HIJAU

PUTIH & BIRU NAVY

BIRU

HITAM

OREN  & BIRU

MERAH

KUNING & HITAM

KUNING AIR & BIRU

KUNING

KELABU

OREN

OREN DAN HITAM

*

 

AMAN DAMAI

BAKTI PERMAI

CAHAYA GEMILANG

FAJAR HARAPAN

INDAH KEMBARA

JAYA

LEMBARAN

MURNI

RESTU

SAUJANA

TEKUN

PETAS

STAF INDUK

STAF KESIHATAN

STAF KEJURUTERAAN

STAF IPPT

NURANI

 

A

B

C

F

K

J

L

M

R

S

T

P

D

N

E

Z

N

 

 

001 - 050

101 - 150

201 - 250

301 - 350

401- 450

501 - 550

601 - 650

701 - 750

801 - 850

901 – 950

1001 – 1050

1101 – 1150

1201 – 1250

1301 -  1350

1401 – 1450

1501 – 1550

1601 - 1650

 

051 - 100

151 - 200

251 - 300

351 - 400

451 - 500

551 - 600

651 - 700

751 - 800

851 - 900

951 – 999

1051 – 1099

1151 – 1200

1251 – 1300

1351 – 1400

1451 – 1500

1551 – 1600

1651 - 1700

              

               16.3     Kontingen-kontingen dibenarkan meletakkan cop penaja pada nombor peserta tetapi ciri-ciri dan saiz nombor perlu mengikut kriteria yang telah ditetapkan.

 

 


 

17.0   GARIS PANDUAN PENERIMAAN ANUGERAH

 

            Para juri akan membuat keputusan berdasarkan kepada merit yang tertinggi.  Segala keputusan adalah muktamad.

 

 

17.1   Pencapaian Atlet Terbaik

 

            Hanya seorang pemenang (seorang lelaki dan seorang wanita).  Pemilihan oleh Jawatankuasa Khas yang dilantik.

 

            17.1.1  Catatan rekod kejohanan terbanyak;

 

            17.1.2 Jumlah bilangan pungutan pingat emas sahaja;

 

            17.1.3 Pungutan pingat keseluruhan (bilangan pingat perak terbanyak diberi keutamaan, diikuti pingat gangsa)

 

            17.1.4 Pencapaian yang menghampiri catatan rekod kejohanan (pemilihan    

                        pemenang ditetapkan oleh Jawatankuasa Khas yang dilantik).

 

 

17.2   Johan Pasukan Lelaki/Wanita/Temasya

 

       17.2.1  Jumlah pungutan pingat emas akan diberi keutamaan dan disusuli oleh  perak dan kemudiannya gangsa.

 

         17.2.2  Piala Pusingan yang akan diberi adalah:-

 

                     17.2.2.1   Johan Keseluruhan Lelaki Temasya Olahraga Tahunan Ke-36

 

                     17.2.2.2   Johan Keseluruhan Wanita Temasya Olahraga Tahunan Ke-36

 

         17.2.3  Johan keseluruhan lelaki/wanita dikira melalui pungutan emas terbanyak kemudian perak dan seterusnya gangsa.      

 

 

18.0   PERATURAN-PERATURAN TAMBAHAN

 

            18.1     Istiadat pembukaan dan penutupan:  semua Ketua Kontingen, Pengurus Kontingen dan peserta dikehendaki mengambil bahagian dalam acara ini.  Pakaian adalah bebas tetapi bersesuaian.

 

18.2          Pengurus Kontingen:  bertanggungjawab sepenuhnya ke atas peserta kontingen dengan sepenuhnya supaya syarat-syarat pertandingan dapat dipatuhi.

 

18.3          Perbelanjaan Kontingen:  Jawatankuasa Pengelola tidak akan bertanggungjawab ke atas segala perbelanjaan yang dilakukan oleh mana-mana kontingen/pasukan termasuk pasukan jemputan.

 


 

 

19.0   PERKARA-PERKARA AM

 

19.1     Hanya pegawai-pegawai pertandingan yang bertugas dan peserta-peserta yang sedang bertanding dalam acara masing-masing dibenarkan berada dalam kawasan pertandingan.

 

19.2     Semua peserta dan pegawai hendaklah berbaris semasa masuk dan keluar padang.

 

19.3     Pihak Jawatankuasa Pengelola tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan atau kerosakan barang-barang kepunyaan peserta atau kecederaan peserta semasa latihan atau pertandingan.  Walau bagaimanapun pihak Jawatankuasa Pengelola akan mengambil segala langkah keselamatan yang diperlukan dalam perkara ini.

 

19.4     Pengurus Pasukan bertanggungjawab menguruskan segala urusan yang melibatkan peserta termasuk semasa upacara penyampaian hadiah dan sebelum pertandingan diadakan.

 

19.5          Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tersedia dalam peraturan ini atau undang-undang KOAM dan keputusannya adalah muktamad.

 

 

20.0   PANDUAN PERATURAN AM TARIK TALI

 

20.1     Setiap pasukan dibenarkan mendaftarkan maksimum sepuluh (10) orang peserta dan hanya lapan (8) orang peserta yang akan dibenarkan untuk mengambil bahagian dengan berat maksimum 680kg sepasukan.

 

20.2     Peserta-peserta acara tarik tali tidak akan dibenarkan memakai kasut semasa acara tersebut dijalankan.

 

20.3     Tiap-tiap pasukan dibenarkan SEORANG penyuara SAHAJA.  Penyuara akan diberikan ‘armband’ supaya dapat dikenali.

 

20.4          Pemenang dua tarikan daripada tiga tarikan akan diisytiharkan sebagai pemenang.

 

20.5          Penggantian dibenarkan di antara tarikan.  Peserta yang diganti dibenarkan masuk semula ke dalam pusingan yang berikutnya.

 

20.6     Hujungan atau orang yang dihujung, boleh menyepit tali itu melalui bawah ketiak dan meletakkan hujung tali di atas sebelah bahu.

          

            20.7     Semasa tarikan peserta TIDAK dibenarkan dengan sengaja mengusik tanah menggunakan  mana-mana bahagian badannya melainkan kakinya sahaja.  Berbaring, menggelungsur dan duduk atau mengusik tanah dengan tangan adalah melanggar peraturan.

 

20.8     HANYA satu amaran sahaja akan diberi sebelum pasukan tersebut dibatalkan.

 

20.9     Jika kedua-dua pasukan melepaskan tali sebelum pengadil meniup wisel, tarikan semula akan dilakukan.

 

 

 

 

 

 

 

21.0   BANTAHAN ATAU RAYUAN

 

            21.1     Bantahan secara lisan boleh dibuat oleh ketua atau Pengurus Kontingen kepada pengadil terlebih dahulu.

 

21.2          Jika keputusan bantahan atau rayuan tersebut tidak sepertimana yang diingini, bantahan secara bertulis mestilah diserahkan oleh Pengurus Kontingen kepada Pengurus Kejohanan dalam masa 30 minit selepas keputusan rasmi diumumkan.

 

            21.3     Bantahan mesti disertai dengan wang pertaruhan sebanyak RM50 tunai, dan tidak akan dikembalikan jika bantahan  didapati tidak wajar.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

TARIKH KEMASKINI:          29 JANUARI 2009