<Index> <Tadika> <Persidangan/Seminar> <Kursus> <Psikometrik> <SIPI> <Perkhidmatan> <Projek> <Siapa Kami?> <English Version.> <PPIP><Kaunseling><Pendidikan Khas>
A. PROJEK SIPI
Bil.
Tarikh/Tempat
Aktiviti-Aktiviti
1.

2 - 3 Jan 2002

(2 hari)

(Dewan Persidangan Universiti, USM)



4 - 5 Jan 2002

(2 hari)

(Foyer Dewan TuankuSyed Putra)



29 - 30 Jan 2002

(2 hari)

(SMK Bukit Gambir)

 

 

4 - 5 Feb. 2002

(2 hari)

(SMK Bukit Gambir)

Tajuk aktiviti : Kempen Kesedaran Terhadap Keperluan Orang Kurang Upaya (OKU) 2002.

Ringkasan aktiviti :

Pameran sempena Bengkel Teknikal Aksesbiliti Orang Kurang Upaya yang telah dilawati oleh Dato; Ong Ka Ting (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan) yang bertujuan meningkatkan kesedaran bahawa komuniti kurang upaya adalah sebahagian daripada masyarakat.

 

Ringkasan aktiviti :

Pameran dan demonstrasi penggunaan peralatan OKU telah diadakan bagi mengurangkan kesalahgunaan kemudahan yang dikhaskan untuk OKU oleh orang awam.

 

 

Ringkasan aktiviti :

Majlis perasmian telah diadakan di SMK Bukit Gambir di mana turut diadakan pameran yang turut disertai oleh Yayasan St. Nicolas dan Eden Handicapped Service Center. Di samping itu diadakan pertandingan penulisan esei dan pertandingan kuiz yang telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar sekolah tersebut.

 

Ringkasan aktiviti :

Majlis penutup telah diadakan di SMK Bukit Gambir di mana turut diadakan pameran yang turut disertai oleh Yayasan St. Nicolas dan Eden Handicapped Service Center. Di samping itu diadakan pertandingan penulisan esei dan pertandingan kuiz yang telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar sekolah tersebut.

2.

7 Mac 2002

Penang Skill Development Centre (PSDC)

Tajuk Aktiviti : Self Presentation Skill - Presenting One-Self

Ringkasan Aktiviti :

Tujuan program ini adalah supaya pelajar-pelajar sekolah mendapat pendedahan bagaimana menjadi peminpin dalam sesebuah komuniti. Dengan itu mereka akan lebih berkeyakinan diri dalam melaksanakan peranan sebagai pelapis masa depan. Sarasran program ini adalah untuk pelajar yang terpilih seperti ketua-ketua darjah, ketua-ketua badan beruniform dan guru-guru kaunseling sekolah. Penceramahan program ini lebih bersifat "reflective" ataupun merenung kembali supaya perserta dapat berfikir dengan bersungguh-sungguh tentang apa yang ingin dilakukan dan mereka digalakkan untuk mengenalpasti sasaran atau matlamat mereka sendiri.

3.

20 April 2002

(Sunquick Factory, Butterworth)

Tajuk aktiviti : Education Tour

Ringkasan aktiviti :

Pihak Komag USA (M) Sdn. telah menganjurkan satu lawatan sambil belajar ke Kilang SunQuick di Butterworth. Peserta adalah terdiri daripada 40 orang pelajar tingkatan 2 dan 4.

Tujuan lawatan adalah untuk mendedahkan para pelajar dengan prosedur penghasilan pengeluaran SunQuick dan kemahiran penulisan dalam bahasa Inggeris. Oleh itu pelajar tingkatan 2 diminta menulis esei dalam Bahasa Inggeris mengenai proses dan prosedur manakala pelajar tingkatan 4 pula diminta menulis laporan lengkap

4.

1 - 30 Mei 2002

(Sebulan)

Tajuk aktiviti : Nutrition Campaign - Terjemahan Brosur

Ringkasan Aktiviti :

Guru-guru daripada sekolah SJK (C) Chong Cheng, SJK (C) Pulau Betong, SJK (T) Sungai Ara dan SJK (T) Bayan Lepas telah ditugaskan untuk menterjemahkan brosur Bahasa Melayu ke Bahasa Tamil dan Bahasa Cina.

5.

21 Jun 2002

(Dewan Persidangan Universiti, USM)

Tajuk Aktiviti : Hari Penghargaan dan pelancaran Laman Web Program SIPI

Ringkasan Aktiviti :

Tujuan program ini adalah untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada pihak-pihak industri dan sekolah yang terlibat dalam menjayakan segala aktiviti Program SIPI serta melancarkan Laman Web Program SIPI. Di samping itu ia juga adalah untuk mempromosikan Program SIPI bagi menggalakkan lebih banyak industri untuk menyertai Program SIPI di masa hadapan.

Program ini telah dihadiri oleh seramai 110 orang yang terdiri daripada guru-guru sekolah Program SIPI, wakil-wakil industri lama dan baru serta pegawai-pegawai utama Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang. Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Ketua Menteri Pulau Pinang.

6.

26 Jun 2002

(Pearl Island Country Club, Bayan Lepas)

Tajuk Aktiviti : Team Building Programme

Ringkasan Aktiviti:

Merupakan anjuran Komag USA (M) Sdn., bertujuan meningkatkan semangat berpasukan dan motivasi di kalangan guru-guru sekolah SIPI. Ceramah motivasi dan sesi 'Team Building' dikendalikan oleh personnel Komag dan dihadiri seramai 46 orang guru SMK Georgetown.

7.

28 - 30 Jun 2002

(3 hari)

(Kem Tentera Sungai Ara)

Tajuk aktiviti : Kem Excel 2002

Ringkasan aktiviti :

Kem ini dianjurkan oleh SMK Bukit Gambir di bawah Jawatankuasa Program SIPI dengan kerjasama Iomega, PIBG dan Kem Tentera Sungai Ara. Tujuan program ini adalah untuk memberi motivasi ke arah kecemerlangan diri dalam pelajaran, mewujudkan hubungan yang erat dan perpaduan di antara pelajar dengan pelajar, pelajar dengan guru serta pelajar dengan masyarakat dan mendedahkan potensi yang ada pada diri setiap pelajar. Kem tersebut memfokuskan kepada pembangunan diri, pelajar dan keluarga dan pelajar, sekolah, masyarakat dan negara.

Peserta adalah melibatkan seramai 50 orang pelajar di mana 25 orang pelajar yang berpotensi dalam akademik dan 25 lagi yang kurang berpotensi dalam bidang akademik. Mereka adalah berumur di antara 15 hingga 17 tahun iaitu pelajar tingkatan 3 dan 5.

8.

29 Jun 2002

(Kuala Muda Submarine Base)

Tajuk Aktiviti : Site Visit to Kuala Muda Submarine Base

Ringkasan Aktiviti :

Tujuan lawatan ini adalah untuk mendedahkan pelajar kepada kemudahan-kemudahan telekomunikasi yang ditawarkan dan memperkenalkan sistem bekerja di Telekom. Taklimat dan ceramah mengenai perkara tersebut dikendalikan oleh personnel Telekom. Ia disertai oleh seramai 30 orang pelajar daripada sekolah SK Tasek Gelugor, SK Juru, SJK (T) Ladang Malakoff, SK St. Mark Perai dan SK Permatang Damar Laut.

9.

18 - 19 Julai 2002

(2 hari)

(Makmal Komputer PPIP) USM

Tajuk aktiviti : Latihan Penggunaan tmsPublisher

Ringkasan aktiviti :

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih guru-guru sekolah yang terlibat dengan kegiatan program SIPI untuk memasukkan data dan mengemaskini aktiviti Program SIPI sekolah masing-masing dengan menggunakan perisian tmsPublisher.

Aktiviti yang diadakan adalah taklimat mengenai penggunaan perisian tersebut dan sesi 'hand-on' yang dikendalikan oleh Encik Yong Cho Kiat daripada The Media Shoppe.

Seramai 34 orang guru daripada 21 buah sekolah program SIPI telah menghadiri program tersebut.

B. PROJEK TADIKA
Bil.
Tarikh/Tempat
Aktiviti-Aktiviti
1.

 2 Feb. - Okt. 2002

(9 bulan)

Tajuk aktiviti : Kursus Program Perguruan Prasekolah (Sambilan)

Ringkasan aktiviti :

Seramai 61 orang peserta mengikuti kursus ini yang diadakan di RECSAM, Pulau Pinang dan dijangka tamat pada Oktober 2002

2.

1 – 27 April 2002

(4 minggu)

(NPC, Bertam, Kepala Batas)

Tajuk aktiviti : Kursus Program Perguruan Prasekolah Jabatan Perpaduan Negara (Dalam Perkhidmatan)

Ringkasan aktiviti:

Seramai 90 orang peserta telah hadir dalam kursus tersebut yang diadakan di NPC, Bertam, Kepala Batas. Majlis Penyampaian Sijil telah diadakan Di NPC, Kepala Batas Bertam.

3.

25 Mei - 4 Jun 2002 (2 minggu)

(RECSAM, Pulau Pinang)

Tajuk aktiviti : Kursus Program Perguruan Prasekolah Sepenuh Masa - Tahap II

Ringkasan aktiviti :

Seramai 48 orang peserta telah hadir dalam kursus tersebut yang diadakan RECSAM, Pulau Pinang

4.

29 - 30 Jun 2001

(Hotel Copthorne Orchid, Tjg. Bungah)

Tajuk aktiviti : Seminar Kebangsaan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Ringkasan aktiviti :

Seramai lebih kurang 150 peserta telah hadir pada seminar tersebut yang diadakan di Hotel Copthorne Orchid, Tanjung Bungah.

C. KURSUS BERTERUSAN
Bil
Tarikh/Tempat
Aktiviti-Aktiviti
1

13 - 26 Januari 2002 (dua minggu)

dan

8 Jun 2002 (Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil di USM)

Projek : AGAMA RAKYAT

Tajuk aktiviti : Kursus Ilmu Keguruan untuk Guru-guru Sekolah Rendah Agama Islam (SERAI)

Ringkasan aktiviti :

Membekalkan guru-guru dengan pengetahuan dan kemahiran professional; membina peribadi serta sikap positif guru-guru supaya mereka dapat memainkan peranan aktif dalam proses perkembangan professional; memberi kefahaman yang mendalam tentang Kurikulum SERAI dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dari segi falsafah, objektif dan dari segi strategi pengajaran dan pembelajarannya. Seramai lebih kurang 300 orang peserta terlibat dalam kursus ini.

2.

Bahagian pertama:-

27 April 2002

11 Mei 2002

18 Mei 2002

8 Jun 2002

22 Jun 2002

(Makmal kom. PPIP dan DK Z)

Bahagian Kedua :-

13 Julai 2002

20 Julai 2002

3 Ogos 2002

17 Ogos 2002

24 Ogos 2002

(Makmal kom. PPIP dan BT 151)

 

Projek : AGAMA RAKYAT

Tajuk aktiviti : Kursus Ilmu Keguruan untuk Guru-guru Sekolah Rendah Agama Islam (SERAI)

Ringkasan aktiviti :

Membekalkan guru-guru dengan pengetahuan dan kemahiran professional; membina peribadi serta sikap positif guru-guru supaya mereka dapat memainkan peranan aktif dalam proses perkembangan professional; memberi kefahaman yang mendalam tentang Kurikulum SERAI dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dari segi falsafah, objektif dan dari segi strategi pengajaran dan pembelajarannya. Seramai lebih kurang 300 orang peserta terlibat dalam kursus ini.

D. SEMINAR / BENGKEL
Bil.
Tarikh/Tempat
Aktiviti-Aktiviti
1.
2 Feb. 2002

Projek : SEMINAR/KURSUS/BENGKEL

Tajuk aktiviti : Bengkel Toolbook Instructor for e-Learning & CAI Development

Ringkasan aktiviti :

Bengkel ini diadakan di Dewan Kuliah SK4 dengan kehadiran lebih kurang 200 orang peserta. Objektif utama bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan pengetahuan dan kemahiran tentang penggunaan "Toolbool Instruktor" serta kepentingan dan sumbangannya dalam pengajaran dan pembelajaran

2.
 

Projek : SEMINAR/KURSUS/BENGKEL

(Psikometrik)

Tajuk aktiviti : Pengenalan kepada Model Pengukuran Rasch

Ringkasan aktiviti:

Untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang konsep-konsep asas pengukuran pendidikan yang berkaitan dengan Model Pengukuran Rasch dan memberi peluang kepada peserta-peserta membuat analisis item menggunakan program komputer model tersebut.

 

3.

17 Jun 2002

(Dewan Persidamgan Universiti, USM)

Projek : SEMINAR/KURSUS/BENGKEL

(Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah- PKBS)

Tajuk aktiviti : Kolokium PKBS

Ringkasan aktiviti :

Untuk berkongsi pendapat dan pengalaman di kalangan pendidik mengenai penilaian kemajuan dan pencapaian murid di bilik darjah serta membincang isu-isu berkaitan perlaksanaan PKBS. Seminar ini di hadiri oleh 110 orang peserta.

 

4.
24 Ogos 2002

Projek : SEMINAR/KURSUS/BENGEL(Motivasi)

Tajuk aktiviti : Bengkel UPSR

Ringkasan aktiviti :

Pelajar-pelajar didedahkan dengan teknik peperiksaan UPSR mengikut subjek-subjek, analisa soalan-soalan serta mengetahui cara-cara menjawab dan soalan-soalan ramalan.

5.

14 -15 Okt. 2002

(The Bayview Beach Resort Hotel)

Projek : SEMINAR/KURSUS/BENGKEL (Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah- PKBS)

Tajuk aktiviti : Persidangan PKBS

Ringkasan aktiviti :

Untuk berkongsi pendapat dan pengalaman di kalangan pendidik mengenai penilaian kemajuan dan pencapaian murid di bilik darjah serta membincang isu-isu berkaitan perlaksanaan PKBS.

E. PENULISAN MODUL
Bil.
Tarikh/Tempat
Aktiviti-Aktiviti
1.

25 Jun 2002

(Bilik Mesyuarat UPPA)

Projek : MIMOS

Tajuk aktiviti : Ceramah Penulis Modul MIMOS oleh Dr Wan Fauzy dari PTPM(USM)

Ringkasan aktiviti :

Tujuannya adalah untuk memberi panduan penulisan modul kepada penulis-penulis modul. Dihadiri oleh pensyarah-pensyarah PPIP yang terlibat dalam penulisan modul UPSR dan SPM untuk MIMOS

2.

18 Julai 2002

(Bilik Persidangan PPIP, USM)

Projek : MIMOS

Tajuk aktiviti : Ceramah Penulis Modul MIMOS oleh Prof. Madya Dr. Ng Wai Kong dari PTPM (USM)

Ringkasan aktiviti :

Tujuannya adalah untuk memberi panduan penulisan modul kepada penulis-penulis modul. Dihadiri oleh pensyarah-pensyarah PPIP yang terlibat dalam penulisan modul UPSR dan SPM untuk MIMOS

3.

30 Julai 2002

(Dewan Persidangan Universiti, USM)

Projek : SERNET (Special Education Research Networks)

Tajuk aktiviti :

Majlis Penyerahan Modul-modul SERNET ke HCC (Handicapped Children's Centre)

F. PERANCANGAN UPPA
Bil.
Tarikh/Tempat
Aktiviti-Aktiviti
1.

7 - 9 Sept-2002

(Hotel Copthorne Orchid, Penang)

Projek : AGAMA RAKYAT

Tajuk aktiviti : Persidangan Kebangsaan Pendidikan

Agama 2002

Ringkasan aktiviti :

Membincang kemajuan sekolah agama; isu-isu berkaitan pengurusan, kurikulum dan proses pengajaran-pembelajaran di sekolah agama serta mengupas dapatan-dapatan kajian penyelidikan berkaitan dengan pendidikan sekolah agama

2.

Sept. - Nov. 2002

(di 21 buah sekolah dalam Program SIPI)

Projek : SIPI

Tajuk aktiviti : Nutrition Campaign

Ringkasan aktiviti :

Kempen ini adalah anjuran B|Braun Medical Industri. Tujuan kempen Nutrition ini adalah untuk menggalakkan cara hidup dan tabiat makanan di kalangan murid, untuk menggurangkan berat badan dalam usia yang

3.

30 Sept. - 20 Okt. 2002

(3 minggu)

( NPC, Bertam, Kepala Batas)

Projek : TADIKA

Tajuk aktiviti : Kursus Kejurulatihan Prasekolah Jabatan Perpaduan Negara

Ringkasan aktiviti :

Seramai 40 peserta akan menghadiri kursus tersebut yang akan diadakan di NPC, Bertam, Kepala Batas.

4.

21 - 24 Okt. 2002

(4 hari)

(Makmal Komputer PPIP)

Projek : SEMINAR/KURSUS/BENGKEL (Psikometrik)

Tajuk aktiviti : Kursus Rekabentuk dan Pembinaan Item-Item Soal Selidik

Ringkasan aktiviti:

Untuk meningkatkan kepakaran penyelidik dengan pengetahuan tambahan dalam penyelidikan dalam bidang-bidang pendidikan, sains kemanusiaan dan kemsyarakatan, "health and sport science", pemasaran, pengurusan perniagaan dan industri yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen utama dalam pemungutan maklumat.

5.

21 - 25 Okt. 2002

(di USM)

Projek : TADIKA

Tajuk aktiviti : Seminar Pendidikan Awal kanak-kanak - Prima Education KL

Ringkasan aktiviti:

Untuk mengajar guru-guru tadika Prima Education sahaja mengenai pembelajaran prasekolah selama seminggu. Peserta dianggar seramai 30 orang.


©2002 Unit Penyelidikan Pendidikan Asas (UPPA), Universiti Sains Malaysia. All Rights Reserved

<Index> <Tadika> <Persidangan/Seminar> <Kursus> <Psikometrik> <SIPI> <Perkhidmatan> <Projek> <Siapa Kami?> <English Version.> <PPIP><Kaunseling><Pendidikan Khas>