Unit Penyelidikan Pendidikan Asas (UPPA)
SIAPA KAMI?
Unit Penyelidikan Pendidikan Asas atau UPPA telah ditubuhkan di bawah naungan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan pada 21 Februari 1990. Unit ini melaksanakan kesinambungan tugas sebuah Unit yang terdahulu daripadanya iaitu Unit Projek InSPIRE. UPPA ditubuhkan untuk memperkukuh dan memperluaskan usaha penyelidikan di dalam bidang pendidikan asas.
UPPA berfungsi sebagai satu unit di bawah naungan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, bertanggungjawab terus kepada Majlis Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan yang dipengerusikan oleh Dekan, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan.
UPPA diketuai oleh seorang Penyelaras Unit yang merupakan kakitangan akademik dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan.
Objektif UPPA adalah untuk:
- Menjalankan penyelidikan, penilaian dan pembangunan bahan-bahan sokongan untuk mempertingkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran.
- Mengumpul dan menyebarkan maklumat yang menyeluruh dan mendalam mengenai pendidikan asas.
- Membantu dalam program latihan pendidikan guru terutamanya dalam bidang pendidikan asas.
- Menawarkan perkhidmatan perundingan dalam bidang pendidikan asas kepada pihak-pihak yang memerlukannya.
UPPA berfungsi melalui bidang-bidang utama seperti berikut:
- Penyelidikan, pembangunan dan penilaian
- Perkhidmatan perundingan
- Pembangunan Sumber Manusia
- Perkhidmatan INFOSIS (System for Dissemination of Information.