Harapan Website v2.0 Ceria, Aktif, Semangat  
  Menu Laman
 
Profil Desa
    Sejarah
     Lirik Lagu
     Peta
Pengurusan
     Organisasi
     Informasi
MPDFH 

    Peranan
     Ahli MT & Exco
     Agenda Sidang

Galeri Aktiviti 
     Desa
     Universiti
Kemudahan  
    Asrama
     Prasarana
 
 
  Pautan Rakan

 

 

 

  Laman Buku

Lihat Laman Buku


Beri Komen Anda!

 

 

Welcome To Fajar Harapan Website! Layarilah dengan hati yang ceria!

Selamat Datang

Selamat datang ke halaman web Desasiswa Fajar Harapan v2.0. Pelbagai informasi dan maklumat telah dikemaskini mengikut perkembangan semasa. Selain itu, Kemudahan lain turut disediakan seperti Harapan Calendar v1.0, pautan ke laman USM, shoutbox dan anda turut boleh memberikan sumbangan terhadap desa dengan turut mengundi di Poll pada menu sebelah kanan. Selain itu jika anda mempunyai kelapangan sila lawati laman buku web ini untuk memberikan sebarang komen. Semoga anda berpuas hati dengan hasil yang kami dari Exco ICT dan Multimedia sediakan dalam halaman ini.

Fajar Harapan mempunyai bilangan penghuni sebanyak 954 pelajar yang dibahagikan kepada 4 blok iaitu 1 blok lelaki iaitu F26 dan 3 blok perempuan iaitu F25, H07 dan H06.

Kedudukannya yang strategik iaitu berhampiran dengan Pintu Sg. Dua, Masjid Khalid Al Walid dan Pusat Pengajian serta pemandangan tasik yang indah menyebabkan desa ini sering mendapat banyak permintaan tempat tinggal oleh pelajar USM.

Sekitar Pemandangan Desasiswa Fajar Harapan



Berita Utama & Aktiviti

Sidang 06/07 telah berakhir pada 27 April yang lepas. Sudah pasti pelbagai kenangan pahit manis telah ditempuhi sepanjang perjalanan MPDFH sidang ini. Sesungguhnya yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Sebagai mewakili MPDFH sidang 06/07, saya Mohd Nazrif Mohd Nor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penghuni yang telah terlibat dengan sebarang aktiviti yang melibatkan desa mahupun universiti. Kerjasama anda amat dihargai!. Kepada rakan di MPD, saya mengambil kesempatan untuk memohon maaf ke atas sebarang kesilapan yang telah saya lakukan. Jumpa di sidang depan!!

Program Baktisiswa di Sungai Rek, Kuala Krai dengan kerjasama KEMAS akan dijalankan pada 1-7 Mei 2007. Peserta dihendaki berada di tempat berkumpul yang ditetapkan pada pukul 8 AM. Semoga program ini berjalan dengan lancar hendak-Nya.

Dinner Fajar Harapan telah diadakan di Hotel Tanjung Bungah berdekatan Gurney Plaza pada 24 Mac yang lalu. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan sepanjang majlis tersebut. Antaranya, tarian joget lambak beramai-ramai, King and Queen Of da Nite yang dimenangi Samantha (Exco Seni dan Kebudayaan), Personaliti terbaik yang dimenangi Che Mat dan banyak lagi. Sesungguhnya malam dinner ini cukup meriah dan mantap sekali. Gambar pada malam tersebut boleh dilihat dalam Galeri Desa atau Klik Sini.

TNC Hep yang baru Prof Madya Omar Osman telah melawat beberapa kemudahan yang terdapat di Desasiswa Fajar Harapan selasa lalu dan berjanji akan memberikan kerjasama yang erat di antara HEP dan Desasiswa. Kedatangan beliau sememangnya telah dinantikan oleh penghuni untuk melihat dengan lebih dekat TNC HEP baru mereka.

Citrawarna pada 10 Mac lalu dilalui oleh Fajar Harapan dengan kenangan pahit dan manis. Hasil latihan selama 2 bulan dibawah koreografer Pak Su menghasilkan Fajar Harapan menduduki tangga ke-4, satu pencapai yang boleh dibanggakan. Mahu melihat gambar persiapan dan malam tersebut? Klik Sini

Bilik Rehat Terbaik!!! Kemenangan yang dijayakan oleh sekretariat Hari Landskap ini sekaligus mengharumkan nama baik Desasiswa Fajar Harapan. Terima Kasih kepada Pengarah Projek Mashidah Abu Bakar.

Aluan Penggawa

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Selamat datang ke laman web Desasiswa Fajar Harapan. 

Syukur alhamdulliah, laman web Desasiswa Fajar Harapan telah berjaya dihasilkan.  Tahniah, syabas dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menghasilkan

laman web ini. 

 

Read More Here - 136bytes

Shoutbox@Fajar Harapan


Free shoutbox @ ShoutMix

Alamat Surat Menyurat : Pejabat Desasiswa Fajar Harapan,

                                         11800 Universiti Sains Malaysia,

                                         Pulau Pinang, Malaysia

 

 

  Kata Mutiara

 

 
 
  Kalendar Harapan

 

 
  Pengumuman!


   Selamat Datang!
  • MPDFH Sidang 2006/2007 mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar ambilan baru sidang 07/08. Ketibaan anda di desasiswa Fajar Harapan akan kami nantikan pada Minggu Suai Kenal nanti. Ingatlah pesan Mak&Ayah! 

       Baktisiswa
  • Satu program baktisiswa akan diadakan di Sungai Rek, Kuala Krai pada awal cuti semester ini iaitu dari 1-7 Mei ini. Kepada pelajar yang terlibat diharap dapat memberikan sumbangan bakti dengan hati yang ikhlas. Jika ada sebarang persoalan sila hubungi Kak Shazila bt Seman selaku Pengarah Projek.

      Peperiksaan Akhir
  • MPDFH mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar Universiti Sains Malaysia dalam menempuhi peperiksaan akhir semester sidang 06/07 ini. Kami doakan kejayaan anda!!!

      
  •  

      Last Update

    Website ini kali terakhir di update pada :

    24April 2007

     

     

     



    "Datang Dengan Seribu Harapan, Pulang Dengan Fajar Kegemilangan"

    Resolusi terbaik pada 1024x768 dan IE6
    Email Webmaster : nazrief@streamyx.com
    Hakmilik Desasiswa FajarHarapanŠ Sidang 06/07 | Cantarzzz!!

    Penafian : MPDFH tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan

     yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.