MPDFH ialah satu badan yang mewakili semua penghuni
Desasiswa Fajar Harapan dan diketuai oleh seorang
Yang Dipertua (YDP) dan dibantu oleh NYDP, Bendahari
dan Setiausaha Agong yang dipilih. Ketua-ketua tingkat
yang bertanggungjawab tentang aktiviti penghuni di
peringkat tingkat juga merupakan EXCO MPDFH dan mereka
ini dilantik oleh penggawa.
Tujuan MPDFH ialah untuk:
- Memupuk bakat kempimpinan penghuni
di peringkat desasiwa.
- Merancang dan melaksanakan
projek-projek dan aktiviti-aktiviti di peringkat
desasiwa untuk manfaat semua penghuni.
- Menjadi penghubung kepada pihak
pentadbiran desasiswa di dalam hal-hal kebajikan
penghuni.
Dalam menjalankan aktiviti-aktivitinya, MPDFH disediakan
beberapa kemudahan untuk digunakan seperti:
- Bilik Gerakan.
- Bilik-bilik kemudahan melalui
tempahan.
- Peralatan-peralatan yang berkaitan.
- Peruntukan-peruntukan dari yuran
aktiviti yang dibayar oleh setiap penghuni.
Pelbagai aktiviti akan dianjurkan oleh MPDFH dan antaranya
ialah bengkel akademik, aktiviti bersama
masyarakat, aktiviti kesukanan,
rekreasi dan kebudayaan untuk semua penghuni Desasiwa Fahar
Harapan.
Kejayaan setiap aktiviti yang
dianjurkan oleh MPDFH adalah bergantung kepada komitmen dan
penglibatan an
da sebagai peghuni desasiswa. Penghuni
diminta untuk memberikan kerjasama yang sebaik mungkin
kepada
semua projek yang dianjurkan oleh
MPDFH |