Harapan Website Ceria, Aktif, Semangat  
  Menu Laman
Profil Desa
    Sejarah
     Lirik Lagu
     Peta
Pengurusan
     Organisasi
     Informasi
MPDFH 

    Peranan
     Ahli MT & Exco
     Agenda Sidang
 

Galeri Aktiviti 
     Desa
     Universiti
Kemudahan  
    Asrama
     Prasarana
 

 

Rentetan Penubuhan Fajar Harapan

  

  Antara dasar Universiti Sains Malaysia (USM) ialah menempatkan pelajarnya menghuni di desasiswa yang terdapat dalam kampus.Tetapi tidak semua pelajar berpeluang tinggal di kampus kerana tempatnya terhad. Bagi mengatasi masalah ini USM dari semasa ke semasa telah menambahkan bilangan desasiswa.Ia telah dirasmikan oleh Naib Canselor USM pada masa itu, Datuk Musa Mohamad pada 25 Jun 1986.


Desasiswa Harapan terletak di antara Desasiswa Fajar dan Aman(dahulunya).Ia juga terletak di persimpangan jalan masuk ke Pusat Pengajian Perubatan(Sekarang ini Pusat Pengajian Sains Kimia).


Pembinaan bangunan Desasiswa Harapan sepatutnya lebih besar daripada bangunan yang ada sekarang tetapi ia tidak dapat dilaksanakan kerana peruntukan tidak mencukupi.

Kesuntukan masa juga telah menyebabkan Desasiswa Harapan tidak dapat disiapkan pada tarikh yang ditetapkan. Justeru itu, Desa ini hanya dapat menerima penghuni perempuan sahaja pada permulaan sidang ilmiah 85/86. Ketika itu bangunan yang sudah siap ialah bangunan kemudahan yang menempatkan pejabat pentadbiran, kantin, bilik sukan , bilik belajar dan blok asrama untuk penghuni perempuan.Desa Harapan menerima penghuni lelaki pada semester kedua sidang ilmiah 1985/86 iaitu pada bulan Disember 1985. Desasiswa Harapan sekarang berupaya menampung seramai 630 penghuni.

Setiap tingkat lengkap dengan bilik rehat, bilik sembahyang dan bilik belajar di samping kemudahan asas seperti bilik mandi, tandas dan ‘pantry’.

Idea melahirkan nama ‘HARAPAN’ Sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Datuk Prof. Amir Awang, telah dibentuk untuk memilih nama yang sesuai bagi desa yang terbaru ini. Lokasi desa terbaru ini agak ‘ strategik’ iaitu di persimpangan jalan masuk ke Pusat Pengajian Perubatan(Sekarang Pusat Pengajian Sains Kimia).


Di antara ciri-ciri untuk memilih nama desasiswa ini ialah dan segi kedudukan sebagai desasiswa kelapan (terbongsu) dan juga sesuai dengan turutan huruf abjad yang kelapan iaitu “H”.Pada mulanya pihak jawatankuasa memilih nama “Harum” kerana ia selaras dengan makna desasiswa lain seperti “Gemilang”. “Permai” dan “Cahaya”. Tetapi nama itu ditolak kerana ia lebih menekankan kepada bau. Begitu juga apabila mereka mencadangkan nama “Harmoni” ia tidak dapat diterima kerana bercorak kebaratan.

‘Harapan’ menjadi pilihan kerana ia sesuai bagi semua pihak khususnya dalam konteks kehidupan pelajar. Pelajar yang baru menjejakkan kaki ke universiti sudah tentu mempunyai harapan tertentu untuk masa depannya.Kehadiran mereka juga membawa bersama harapan keluarga, bangsa dan negara. Pihak universiti sendiri mempunyai harapan semoga para pelajarnya bukan sahaja menjadi cendekiawan yang berakhlak dan berhemah tinggi tetapi juga menjadi pemimpin dan penggerak masyarakat yang berkaliber.
 

 

_______________________________________________________________________________

"sayangi Fajar Harapan anda"

 

"Datang Dengan Seribu Harapan, Pulang Dengan Fajar Kegemilangan"
 

Resolusi terbaik pada 1024x768 dan IE6
Email Webmaster : nazrief@streamyx.com
Hakmilik Desasiswa FajarHarapan© Sidang 06/07 | Cantarzzz!!
Laman ini dibangunkan menggunakan pelantar Dreamweaver,Portal Web yang ditulis berdasarkan HTML