Harapan Website Ceria, Aktif, Semangat  
  Menu Laman
Profil Desa
    Sejarah
     Lirik Lagu
     Peta
Pengurusan
     Organisasi
     Informasi
MPDFH 

    Peranan
     Ahli MT & Exco
     Agenda Sidang
 

Galeri Aktiviti 
     Desa
     Universiti
Kemudahan  
    Asrama
     Prasarana
 

 

Agenda Sidang

  

Semester 1 Sidang 2006/2007

Variasiswa

  6 Ogos 2006

Pembukaan aktiviti sidang 2006/2007 dimulakan dengan program Variasiswa yang melibatkan kesemua wakil pelajar tahun pertama penghuni desasiswa di dalam USM termasuklah desa dari Transkrian dan Nibong Tebal. Fajar Harapan yang turut serta dalam program ini telah menjalankan latihan seminggu sebelum program bermula.

Alhamdulillah, walaupun cabaran dari desa lain cukup hebat, Fajar Harapan berjaya mencatatkan keputusan yang boleh dibanggakan dengan menduduki tempat ke-4. Johan bagi program Variasiswa tahun ini dimenangi oleh desasiswa Cahaya Gemilang.

Pengarah Projek : Khairol Azhar b. Abd Jalil

     
 

CampusWalk

23 Ogos 2006

Bagi memeriahkan bulan kemerdekaan Malaysia ke-49, pihak HEPP USM telah menganjurkan satu aktiviti untuk membangkitkan semangat patriotik di kalangan pelajar, iaitu Campus Walk.

 Fajar Harapan menyertai acara ini dengan menghantar kira-kira 200 orang penghuni, iaitu bilangan yang paling tinggi dicatatkan berbanding desa-desa yang lain. Campuswalk ini diadakan pada sebelah petang dengan peserta berjalan sekeliling kampus induk USM.

Pengarah Projek : Mohd Fuad b. Abdul Rashid

 

 

Ambang Merdeka

23 Ogos 2006

Selain CampusWalk, HEP telah menganjurkan satu lagi program kemerdekaan iaitu Ambang Merdeka yang telah diadakan pada malam 30 ogos.

Desasiswa Fajar Harapan telah menerima tema zaman pendudukan Jepun sebagai skrip pementasan malam tersebut. Latihan diadakan 2 minggu sebelum tarikh persembahan.

Pengarah Projek : Muhammad Nur Hapis b. Abdullah

 

  Kursus Exco

 3 Sept 2006

Kursus Exco untuk sidang ini diadakan di Pusat Kegiatan Air Tanjung Bunga di bawah tema "Exco Peneraju Kempimpinan Global". Program ini yang berlangsung selama 3 hari penuh dengan aktiviti yang menarik.

Tujuan kursus ini bukan sahaja untuk melatih tetapi untuk mengukuhkan ikatan antara exco dengan exco mahupun exco dengan pihak pengurusan. Program ini berlangsung dengan jayanya dengan mewujudkan satu motto untuk MPDFH iaitu Ceria, AKtif, Semangat

Pengarah Projek : Donna Haslinda bt Mohidi

 

  Debat Piala Naib Canselor

  9 Sept 2006

Piala DPNC masih kekal dalam genggaman Fajar Harapan buat kali ke-3 berturut-turut.

Pengarah Projek : Muhammad Nurul Firdaus b. Ali

 

  Sukad

16 Sept 2006

Sukad adalah program tahunan USM yang menarik minat pelajar untuk membuktikan kehebatan masing-masing dalam acara sukan seperti boling, softball, bola baling, bola tampar dan juga futsal.

Sukad kali ini sedikit mengecewakan kerana tidak banyak pingat dapat dikutip. Walaubagaimanapun terdapat peningkatan dalam beberapa sukan seperti boling.

Pengarah Projek : Mohd Shamsuddin b. Abdullah

 

  Moreh

 16 Okt 2006

Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia satu aktiviti telah diadakan oleh MPDFH kepada para penghuni iaitu Moreh. Program ini merupakan satu kejayaan yang besar kerana ramai penghuni yang turut serta termasuklah mereka yang bukan muslim.

Pihak pengurusan yang turut serta ialah Pen. Penggawa 1 iaitu Dr Reevany Bustami dan Pen. Penggawa 2 iaitu Dr Nurul Salmi. Acara lain yang turut diatur pada malam tersebut ialah Slide Show mengenai aktiviti yang telah diikuti oleh penghuni seperti sukad dan campus walk.

Pengarah Projek : Nurehan bt. Mokhtar

 

Tilawah

 17 Nov 2006

Program ini adalah anjuran pihak universiti dan Fajar Harapan telah menghantar 1 orang wakil lelaki dan 1 orang wakil perempuan di bawah kategori masing-masing.

 PertandinganTilawah Al-Quran ini diadakan di kampus Nibong Tebal dan Fajar Harapan telah menghantar peserta dan pasukan sorak sebanyak 15 orang. Walaubagaimanapun kita pulang dengan hadiah sagu hati.

Pengarah Projek : Mohd Shahril b. Mazuki

 

Semester 2 Sidang 2006/2007

  Hari Karnival

 27 Jan 2007

 

Pembukaan aktiviti sidang 2006/2007 semester 2 dimulakan dengan Program Hari Jalinan Mesra yang dijalankan pada 27 dan 28 Januari 2007. Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang seperti sukaneka, steet soccer, sepak takraw, bola jaring dan tayangan perdana. Kesemuanya dijalankan secara percuma iaitu tiada bayaran dikenakan terhadap sebarang penyertaan.

Pada malam perasmian penutup juga pelbagai program disusun seperti penjenamaan semula motto fajar harapan, perasmian laman web Fajar Harapan, pemberian hadiah dan jamuan ringan. Sesungguhnya program Hari Jalinan Mesra ini sungguh bermakna kepada semua penghuni yang terlibat! Syabas dan tahniah diucapkan kepada pengarah projek.

Pengarah Projek : Khairol Azhar b. Awam

     

  Lambaian Menara Gading 2007 (LAMEGA)

 1 Feb 2007

 

Program LAMEGA ini dijalankan di SMK syed Ibrahim pada 1-3 Februari 2007. Program yang berbentuk motivasi ini melibatkan seramai hampir 90 orang pelajar termasuk lelaki dan perempuan serta kira-kira 25 orang exco dan MT MPDFH yang bertindak selaku Fasilitator.

Sepanjang program ini pelbagai aktiviti telah dicatur seperti Ice Breaking, Senamrobik, LDK1,2 dan 3, Riadah, muhasabah diri dan Sesi bersama fasilitator. Program anjuran bersama SMK Syed Ibrahim ini telah berjaya meningkatkan semangat dan motivasi pelajar STPM hasil dari temubual dengan beberapa perserta program.

Tahniah diucapkan kepada setiap pelajar yang terlibat kerana berjaya menamatkan program ini dengan baik sekali. Tak dilupakan terima kasih kepada fasilitator yang terlibat dalam program ini termasuk diri saya di bawah ketua fasilitator saudara Al-Hafiz. Kejayaan projek ini juga hasil dari kebijaksanaan pengarah projek mengatur setiap aktivi. Syabas dan tahniah diucapkan.

Pengarah Projek : Azwa b. Ismail

     

Semester 2 Sidang 2006/2007

  Malam Bintang

 24 Feb 2007

 

Malam bintang pada tahun ini menyaksikan Fajar Harapan tidak membawa sebarang trogi. Walaubagaimanapun, wakil kita telah memberikan saingan yang cukup sengit kepada peserta lain.

Peserta lelaki ialah Khairol Azhar b Abdul Jalil manakala peserta permpuan ialah Shud yang menampilkan lagu Phantom of Opera dan Sekadar Pinggiran

Pengarah Projek : Samantha

  

  Temasya Olahraga Tahunan ke 33

 25 Feb 2007

 

TOT kali ini cukup meriah dengan dirasmikan oleh Tun Abdul Rahman ABbas. Fajar Harapan turut menghantar wakil dalam pelbagai acara untuk dipertandingkan. Pada sidang ini, Fajar Harapan menggondol 2 pingat emas, 1 perak dan 1 gangsa. Salah satu pingat emas itu disumbangkan oleh NYDP 3 MPDFH sendiri iaitu Saudara Khairul Azhar Abdul Jalil.

Acara yang turut disertai oleh Harapan ialah kawad kaki dimana kami hanya menduduki tempat ke 4. Tahun Hadapan pasti akan membawa berita yang lebih kepada kita.

Pengarah Projek : Rizal Jamaluddin

     

  Sukad Fasa ke-2

 4 MAC 2007

 
Sukad Fasa ke-2 berlangsung di Kampus Kubang kerian, Kelantan. Di sini beberapa acara dipertandingkan sperti futsal, senaman robik dan bola jaring.

Sungguhpun pulang dengan tangan kosong, atlit desasiswa Fajar Harapan tetap menonjlkan satu permainan yang membanggakan. Semoga dengan pengalaman yang diperolehi kali ini dapat membantu untuk saingan pada tahun hadapan.

Pengarah Projek :Humaira

     

  Citrawarna

 10 MAC 2007

 

Sungguh meriah!! Itulah ungkapan yang dihamburkan kepada penganjuran Citrawarna kali ini!! Desa kita berjaya menampilkan kelainan berbanding desa yang lain dengan memperlihatkan peserta paling ramai di atas padang hoki!

Selain tarian yang mengasyikkan kekuatan desa kita terletak di atas lakonan yang cukup menarik perhatian! Bermula dengan upacara membawa tandu di Raja oleh webmaster sendiri sehinggalah membina tugu manusia, desa kita berjaya mempersonakan penonton!

Walaubagaimanapun terdapat sedikit masalah teknikal pada malam tersebut setelah terdapat lagu yang tidak jelas kedengaran . Namun ini tetap tidak menghalang peserta memberikan yang terbaik!

Pengarah Projek : Jessica

     

  Dinner

 24 MAC 2007

 

Makan Malam kali ini diadakan di Hotel Tanjung Bungah, Georgetown. Seramai 40 orang peserta berjaya dikumpulkan untuk bersama-sama menjayakan malam tersebut. Bermula pada pukul 8.30 malam hingga 12 tghmalam, penuh dengan pelbagai aktiviti.

Beberapa anugerah telah diberikan pada malam tersebut antaranya ialah :

Portfolio Terbaik : Biro Seni dan Kebudayaan

Exco Terbaik : Mashidah Abu Bakar

Pembantu Exco Terbaik : Mohd Shafiq Saiddon

King and Queen : Pasangan Samantha

Personaliti Terbaik : Che Mat dan Jessica

 

Photograp by Mohd Nazrif Mohd Nor (ICT)

Pengarah Projek : Norlida

     

_______________________________________________________________________________

"sayangi Fajar Harapan anda"

 

"Datang Dengan Seribu Harapan, Pulang Dengan Fajar Kegemilangan"
 

Resolusi terbaik pada 1024x768 dan IE6
Email Webmaster : nazrief@streamyx.com
Hakmilik Desasiswa FajarHarapanŠ Sidang 06/07 | Cantarzzz!!
Laman ini dibangunkan menggunakan pelantar Dreamweaver,Portal Web yang ditulis berdasarkan HTML