TAHYUL
|
KEBENARAN
|
Anda harus
memasukan sesuatu ke dalam mulut orang yang mengalami seizur |
Tidak! Dengan
berbuat demikian, anda akan menambahkan risiko kerosakan gigi, melukakan
gusi atau mematahkan rahang mulut pesakit. Pertolongan cemas yang perlu
dilakukan adalah mudah. Anda hanya perlu mengguling pesakit itu ke satu
belah dan meletakan sesuatu objek yang lembut di bawah kepalanya untuk
mengelakannya mengalami kecederaan.
|
Anda perlu
menghentikan seseorang yang sedang mengalami seizur |
Tidak! Anda tidak
sepatutnya cuba menghentikan sesuatu seizur. Biarkan ia berlaku, kerana
anda tidak boleh menghentikannya!
|
Epilepsi boleh
berjangkit |
Anda tidak boleh
mendapat jangkitan epilepsi daripada orang lain!
|
Hanya kanak-kanak
mendapat epilepsi |
Kekerapan epilepsi
berlaku pada orang yang berumur lebih daripada 65 tahun adalah sama
dengan kanak-kanak berumur <10 tahun. Epilepsi di kalangan dewasa
biasanya berpunca daripada komplikasi penyakit seperti strok dan
penyakit jantung.
|
Mereka yang
mendapat epilespi adalah kurang upaya dan tidak boleh bekerja |
Pesakit epilepsi
mempunyai keupayaan dan tahap kecerdikan sama seperti orang lain. Namun,
sesetengah pesakit mengalami seizur teruk dan tidak dapat bekerja.
|
Pesakit epilepsi
tidak sepatutnya bekerja dalam bidang yang banyak dengan tanggungjawab
dan tahap tekanan/stress yang tinggi |
Pesakit epilepsi
bekerja dalam pelbagai bidang, seperti dalam sektor kerajaan,
profesional dan sebagainya. Ramai pesakit yang mengalami epilepsi tidak
memaklumkan kepada orang lain, kerana khuatir malu.
|
Dengan perubatan
yang canggih pada masa kini, epilepsi merupakan satu masalah yang telah
terjumpa jalan penyelesaiannya. |
Epilepsi adalah
masalah perubatan kronik dan ia boleh dirawat dengan berjayanya. Namun,
rawatan yang diberikan tidak sesuai untuk semua orang, oleh itu
penyelidikan yang intensif masih perlu.
|
Anda tidak boleh
meninggal dunia disebabkan epilepsi. |
Epilepsi merupakan
satu keadaan yang agak serius dan ada segelintir individu yang meninggal
disebabkannya. Dalam satu kajian di Kanada tentang status epileptikus,
42% kematian berlaku pada individu dengan sejarah epilepsi.
|
Anda tidak boleh
memberitahu apa yang akan dilakukan oleh seseorang pesakit semasa
seizur |
Seizure untuk
setiap individu mengikut ciri karakteristik yang unik. Pesakit biasanya
menunjukan ciri yang sama pada setiap serangan. Namun pesakit tidak
mendatangkan bahaya kepada orang sekeliling.
|
Pesakit epilepsi
mengalami aktiviti fizikal terhad. |
Pada kebiasaannya,
epilepsi bukan penghalang kepada fungsi fizikal. Namun, pada sesetengah
pesakit yang mengalami seizur teruk, penghalangan fizikal berlaku.
|
Anda boleh tertelan
lidah anda ketika seizur |
Adalah tidak
mungkin untuk anda menelan lidah anda. |