Gaius Julius Caesar

Dilahirkan pada 13 Julai, 100BC di Rom, meninggal pada 15 Mac, 44Bc di Rom

Shakespeare mengetahui bahawa Julius Caesar mengalami 'falling sickness'. Dalam Babak I, dalam babak tragedi Julius Caesar, Casca menerangkan bagaimana Caesar 'swooned and fell down...' dan ayat yang berikutnya mengatakan: 'He fell down in the market place, and foamed at the mouth, and was speechless.'

Tanggapan Caesar mengalami epilepsi disokong oleh beberapa bukti pada zaman Rom. Contohnya, Gaius Suetonius Tranquillus (Sueton, kira-kira 70-140 AD), ahli bibliograf empayar Rom yang pertama ('Vitae Caesarum'), melaporkan bahawa Caesar mengalami serangan epileptik sebanyak 2 kali semasa beliau sedang bekerja ('Defectio epileptica'). Appianus, ahli sejarah  Rom dari kurun kedua AD turut menceritakan tentang epilepsi dan konvulsi tiba-tiba pada Caesar. Plutarch mengatakan bahawa Caesar mengalami seizur di tengah-tengah perlawanan dalam ‘Battle of Thapsus’.
Caesar mengalami seizur 2 tahun sebelum kematiannya. Pada satu ketika lain, Plutarch turut mengatakan bahawa Caesar tidak mengalami seizur sehingga dekat pada akhir hayatnya.

Pengarang Rom menghubungkaitkan epilepsi Caesar kepada sklerosis serebral, manakala yang lain mengatakan puncanya ialah alkohol.

 

 

  Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau masalah mengenai penyakit epilepsi. Kami bersedia untuk menjawab kemusykilan anda.
  [laman utama][maklumat awam][maklumat profesional][faq][bantuan kecemasan][capaian & k.sokongan] [kalender akitiviti][kenali kami]