|
Dilahirkan pada 30 Mac 1853 di Groot-Zundert (Breda), meninggal dunia pada 29 Julai 1890 di Auvers-sur-Oise. Dipercayai van Gogh mengalami epilepsi focal disertai dengan simple focal dan complex focal seizur. Walaupun kelakuan aneh dan ganjil van Gogh tidak dapat diterangkan sebagai simptom epilepsi, namun, tidak boleh disangkal kebenarannya bahawa van Gogh mengalami seizur epileptik pada interval tak tentu pada akhir 2 tahun kehidupannya. Etiologi epilepsinya tidak dapat ditentukan. Kemungkinan besar beliau mengalami epilepsi asimptomatik. Van Gogh mempunyai kelakuan aneh semasa zaman kanak-kanak dengan kecerdasan normal, dan focal denagn kemungkinan secondary generalized epileptic seizur. Kemungkinan terdapat juga kecenderungan terhadap epilepsi dalam genetik keluarganya. Terdapat laporan yang menunjukan ibu saudara van Gogh, abangnya Theo, dan adik perempuannya yang 9 tahun lebih muda, Wilhelmine juga mengalami seizur. Tidak tahu kenapa van Gogh membunuh diri, namun dalam wasiat yang ditinggalkannya, ditulis bahawa seizur yang dialaminya amatlah menderita baginya. Sebelum meninggal, ayat terakhirnya ialah 'Sorrow is eternal'.
|
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau masalah mengenai penyakit epilepsi. Kami bersedia untuk menjawab kemusykilan anda. | |
[laman utama][maklumat awam][maklumat profesional][faq][bantuan kecemasan][capaian & k.sokongan] [kalender akitiviti][kenali kami] |