Penilaian latihan industri adalah berdasarkan kepada:
- Laporan Latihan Industri
- Penilaian oleh Pihak Industri
- Pembentangan Seminar Latihan Industri.
- Laporan lawatan oleh Penyelia PPS Kimia, jika berkenaan.
Jadual 1. Penilaian Latihan Industri
Perkara Penilaian
Laporan Latihan Industri L-G
Laporan Penilaian oleh Pihak Industri L-G
Pembentangan Seminar L-G
JUMLAH L-G
Gred LULUS dan pemberian Sijil Tamat Latihan Industri hanya akan diberikan kepada pelajar yang mencapai markah keseluruhan sekurang-kurangnya 50 %
Setiap pelajar dikehendaki menulis laporan latihan industri yang lengkap berkenaan dengan pengalaman yang diperolehi semasa menjalankan latihan industri. Satu salinan asal yang lengkap dan berjilid mestilah diserahkan ke PPS Kimia selewat-lewatnya TIGA minggu selepas tamat tempoh latihan industri. Laporan ini tidak akan dikembalikan kepada pelajar dan menjadi hak PPS Kimia. Satu salinan laporan ini perlulah diserahkan kepada pihak industri. Laporan perlu disediakan dengan ketas berukuran A4 (warna putih), bertaip berjarak antara baris 1.5 dengan birai kiri, kanan, atas dan bawah ialah 26mm dan mestilah ditulis dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia sahaja.
Kandungan Laporan mestilah mengikut urutan seperti berikut:
(i) Muka surat depan:
(a) Nama, No. Matrik , Program Pengajian
(b) Nama Industri/Organisasi dan Alamat
(c) Tempoh latihan
(ii) Penghargaan
(iii) Jadual Kandungan
(iv) Latarbelakang Industri/Organisasi
(v) Carta Organisasi ( Pentadbiran, Pengurusan , Bahagian dan lain-lain)
(vi) Ringkasan kerja yang dilakukan
(vii) Laporan Kerja/Aktiviti
- Maklumat kerja/aktiviti yang dijalankan
- Hasil daripada aktiviti
- Maklumat bergambar jika perlu
(viii) Komen/Cadangan
Berkenaan dengan latihan yang diperolehi.
Cadangan yang membina kepada industri/organisasi.
(ix) Kesimpulan
(x) Rujukan
Catatan:
1. Tajuk-tajuk di atas boleh ditokok-tambah dengan topik-topik lain jika difikirkan perlu atau sesuai.
2. Adalah dicadangkan laporan ini tidak melebihi 20 mukasurat
School of Chemical Sciences
11800, Universiti Sains Malaysia
Pulau Pinang, Malaysia
+604 - 653 3888
+604 - 658 9666
gyyeap@usm.my