MELAPORKAN DIRI
Pelajar dikehendaki melaporkan diri di industri/organisasi pada masa dan tarikh yang ditetapkan. Sekiranya perkara ini tidak dapat dilakukan oleh sebab yang tidak dapat dielakkan, maka pelajar mestilah memaklumkan kepada pihak industri /organisasi secara bertulis atau melalui telefon jika makluman perlulah dihantar atau disampaikan kepada Penyelaras Latihan Industri PPS Kimia dengan seberapa segera. Sebaik sahaja pelajar melapor diri, sila isikan Borang Pengesahan Lapor Diri (Borang LI-5) dan hantarkan kepada Penyelaras Latihan Industri PPS Kimia
DISIPLIN
Pelajar dikehendaki menunjukkan tahap disiplin yang tinggi, berkelakuan baik dan bersopan santun, baik diluar maupun ditempat latihan. Pelajar juga mestilah menunjukkan kerjasama dan saling hormat menghormati serta berkomunikasi dengan baik dengan pegawai maupun pekerja.
PAKAIAN
Pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan rapi. Jika tempat latihan mempunyai peraturan tertentu termasuk pakaian, ia mestilah dipatuhi. Pelajar tidak dibenarkan memakai selipar dan sandal semasa menjalani latihan industri.
KEDATANGAN
Pelajar dikehendaki menunjukkan rekod kedatangan yang baik. Cuti hanya boleh dipohon kepada pihak industri. Kelulusan pegawai tempat latihan mestilah diperolehi terlebih dahulu sebelum pelajar bercuti.
BUKU LOG LATIHAN INDUSTRI
Pelajar dikehendaki menyediakan sebuah buku catatan harian (Log Book) bagi mencatatkan aktiviti harian yang berguna untuk menyediakan Laporan Latihan Industri.
PERTUKARAN TEMPAT LATIHAN
Pertukaran tempat latihan adalah tidak dibenarkan sama sekali kecuali dengan kelulusan Penyelaras Latihan Industri PPS Kimia.
PERATURAN TEMPAT LATIHAN
Pelajar adalah tertakluk kepada semua peraturan dan arahan disiplin yang dikuatkuasakan di tempat latihan sepanjang tempoh latihan dan juga kepada semua peraturan yang sedang berkuatkuasa bagi pelajar USM.
KAWANGAN DAN SARA HIDUP
Pada masa ini tiada elaun latihan industri disediakan oleh USM kepada pelajar. Oleh itu pelajar dinasihatkan mempunyai kewangan yang mencukupi untuk menampung sara hidup sepanjang tempoh latihan. Bagi industri/organisasi yang memberikan elauan latihan, wang tersebut adalah hak pelajar, namun pelajar perlu memaklumkan kepada PPS Kimia untuk tujuan rekod.
School of Chemical Sciences
11800, Universiti Sains Malaysia
Pulau Pinang, Malaysia
+604 - 653 3888
+604 - 658 9666
gyyeap@usm.my