Pihak Industri akan diminta mengemukan laporan sulit (Borang LI-6) tentang latihan yang dijalankan oleh pelajar. Laporan ini antara lain akan merangkumi aspek-aspek berikut:
- Pengetahuan tentang tugasan yang diberikan
- Mutu kerja
- Kesanggupan mempelajari dan menghayati tugas
- Dayausaha dan inisiatif
- Hubungan dengan pegawai dan pekerja lain
- Disiplin
- Ketepatan waktu untuk datang bertugas
Pusat Pengajian Sains Kimia memandang berat tentang keberkesanan latihan industri yang dijalani oleh pelajar. Pembentangan latihan industri dalam bentuk seminar akan memberi peluang kepada para pelajar berkongsi pengalaman dan bertukar fikiran dalam menjalani kehidupan sebenar di industri. Pelajar akan diberi masa selama 15 minit untuk membentangkan secara ringkas Latihan Industri mereka. Diakhir pembentangan ini pelajar adalah diminta untuk memberikan komen/cadangan seperti berikut:
- Kesesuaian tempat latihan
- Komen tentang jadual latihan atau tugasan
- Masalah yang dihadapi semasa latihan.
- Cadangan untuk penambahbaikan.
- Kelebihan, manfaat dan pengajaran yang diperolehi semasa menjalani latihan industri daripada sudut pengetahuan, emosi, komunikasi dan cara berfikir.
School of Chemical Sciences
11800, Universiti Sains Malaysia
Pulau Pinang, Malaysia
+604 - 653 3888
+604 - 658 9666
gyyeap@usm.my