Kenduri Sekampung
Pada 13 Mac 2010, Desasiswa Tekun menganjurkan Kenduri Sekampung rentetan sempena minggu Maulidur Rasul. Program bermula seawal 7.30 pagi dengan perarakan oleh peserta. Perarakan bermula dari Desasiswa Tekun dan mengelilingi kompleks RST. Para peserta yang terdiri daripada penghuni dan exco MPD bersemangat selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad. Perarakan diketuai oleh Wakil Timbalan Naib Canselor yang juga merupaka pengerusi Majlis Penggawa iaitu Dr. Yahya. Selepas perarakan, peserta dihidangkan dengan sarapan. Selepas itu, peserta bergotong royong untuk meyiapkan bubur lambuk. sebanyak 3 periuk besar disediakan oleh pihak penganjur. Program berkakhir dalam lingkungan jam 2 petang. Bubur lambuk yang disediakan diedar kepada penghuni.