Bilik Bacaan
Bilik Bacaan disediakan di dua-dua blok Desasiswa Restu. Bilik ini dibekalkan meja dan kerusi yang selesa kepada penghuni untuk mengulangkaji pelajaran.
Bilik TV
Para penghuni boleh menikmati pelbagai rancangan saluran berbayar ASTRO di Bilik TV.
Surau
Surau disediakan bagi penghuni yang beragama Islam untuk menunaikan solat lima waktu dan aktiviti-aktiviti ibadah yang lain.
Lift
Terdapat Lift di setiap aras untuk memudahkan para penghuni turun dan naik.
Kafe
Kafe Desasiswa Restu mempunyai gerai makanan dan minuman yang menjual pelbagai jenis makanan. Juga terdapat koperasi yang menjual pelbagai barangan keperluan harian.
Pejabat Desasiswa Restu
Pejabat Desasiswa Restu mengurus hal ehwal antara pelajar dan desasiswa. Sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan desasiswa boleh dilakukan di pejabat Desasiswa Restu.
Pihak pengurusan menyediakan buku pengaduan di hadapan pejabat untuk penghuni melaporkan sebarang kerosakan di dalam blok.
Bilik Komputer
Bilik Komputer disediakan di dua-dua blok desasiswa Restu. Pelajar boleh mengguna komputer dalam bilik komputer ini untuk melayari internet. Kadar bayaran untuk penggunaan bilik komputer adalah RM1 per jam.
Bilik
Setiap bilik dalam desasiswa dikongsi oleh 2 orang pelajar. Kemudahan seperti almari, meja, rak buku, kipas, tong sampah disediakan dalam bilik.
Bilik Air dan tandas
Setiap empat bilik akan berkongsi guna satu bilik air. Terdapat 2 tandas dan 2 bilik mandi dalam bilik air.
Blok Restu
Desasiswa Restu mempunyai 2 blok untuk penginapan pelajar. Blok M01 untuk penginapan pelajar lelaki, manakala blok M02 untuk penginapan pelajar perempuan. Setiap blok adalah 10 tingkat.
Kemudahan Lain
Telefon Awam: telefon awam disediakan di setiap aras di dua-dua blok desasiswa Restu.
Papan notis: papan notis disediakan di setiap aras di dua-dua blok desasiswa Restu, penghuni boleh mendapat maklumat tentang desasiwa melalui papan notis ini.
Mesin pembasuh: mesin pembasuh disediakan disetiap aras.
Mesin pengisian Air: disediakan kepada penghuni untuk mengisi air.