Majlis Penghuni Desasiswa Restu atau lebih dikenali sebagai MPDR merupakan salah satu pertubuhan yang diwakili oleh para penghuni yang menginap di Desasiswa Restu. MPDR ini di terajui oleh kepimpinan yang berbeza-beza setiap sidang akademik. Hal ini untuk memberi peluang kepada para penghuni untuk mencungkil bakat kepimpinan yang terpendam. Kewujudan MPDR ini adalah untuk membantu pihak pengurusan Desasiswa Restu dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan para pelajar. Selain daripada itu, melalui MPDR, suara para penghuni dapat dilontarkan dengan jelas kepada pihak pengurusan desasiswa akan masalah yang dihadapi dan sebagainya.
Maklumat Tambahan Tentang MPDR
Majlis Penghuni Desasiswa Restu (MPDR) ialah satu badan yang mewakili semua Desasiswa Restu yang telah diketuai oleh Yang Dipertua(YDP) dan dibantu oleh barisan Exco yang dipilih.
Tujuan MDPR ialah :
- Memupuk bakat kepimpinan penghuni pada peringkat desasiswa.
- Merancang dan melaksanakan projek-projek dan aktiviti pada peringkat desasiswa.
- Menjadi penghubung kepada pihak pentadbiran desasiswa dalam hal-hal yang berkaitan dengan kebajikan penghuni.
Kemudahan MPDR :
- Bilik Gerakan.
- Bilik Mesyuarat.
- Bilik-bilik kemudahan Universiti melalui tempahan.
- Peralatan dan kelengkapan yang berkaitan.
Biro-Biro Sidang Akademik 2008/09 (Berubah mengikut sidang)
- Majlis Tertinggi
- Biro Akademik
- Biro Multimedia dan Publisiti
- Biro Sukan dan Rekreasi
- Biro Kebudayaan
- Biro Kerohanian
- Ketua Aras
KEJAYAAN SETIAP AKTIVITI/PERTANDINGAN DESASISWA ADALAH BERGANTUNG KEPADA KOMITMEN PENGHUNI DESASISWA
MAJLIS PENGHUNI DESASISWA RESTU
MAJLIS PENGHUNI DESASISWA RESTU