Sejarah Desasiswa Restu

Tarikh Perasmian                 :         12 September 2004

Tarikh Mula Beroperasi         :         15 Mei 2004
[ Setelah berpindah dari        Desasiswa Cahaya Permai]

Pengurusan Desasiswa Restu         [Pada awalnya]

Penggawa Yang Pertama : Allahyarham Dr. Jamaludin Osman
                                 [15 Mei 2004 - 10 November 2006]
Pen. Penggawa                : En. Azmi Hassan
Pen. Penggawa                : En. Shahrizal Nazri
Pen. Penggawa                : Pn. Rosnah Idrus
Felo                                : Pn. Farizzatul Syahnaz Mohd Mokhter
Pen. Pengurus Asrama        : Pn. Ina Rozana Musa        

Setelah pemergian allahyarham Dr. Jamaludin Osman pada 10 November 2006, En. Azmi Hassan memangku tugas-tugas  penggawa sehingga Dr. Rahimah Hj. A Hamid mendapat lantikan sebagai penggawa pada Disember 2007.

Puan Farizzatul Syahnaz Mohd Mokhter, Felo Desasiswa Restu pula menyambung pengajian beliau ke luar negara pada awal tahun 2008 dan digantikan pula dengan Dr. Nik Haslinda Nik Hussain dari Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan.


Staf Sokongan Desasiswa Restu

Pada awalnya terdapat seramai 5 orang Pekerja Rendah Awam (PRA), 2 lelaki dan 3 perempuan. Pada tahun 2005, seorang pekerja perempuan telah mendapat Medical Board maka tinggal 2 sahaja pekerja perempuan dan 2 pekerja lelaki sehingga kini.

Penyelia Asrama pada awalnya ada seorang sahaja iaitu En. Zainordin Abd Rahman (juga dari Desasiswa Cahaya Gemilang), tetapi pada tahun 2006 pihak desasiswa telah mendapat seorang lagi Penyelia Asrama, Sdr. Nosalzlee Zainoba kerana seorang sahaja tidak dapat menampung beban kerja yang dihadapi dari 2 blok tersebut.

Bangunan Asrama Desasiswa Restu

Terdapat 2 bangunan 10 tingkat, iaitu M01 untuk pelajar lelaki dan M02 untuk pelajar perempuan yang boleh menempatkan sebanyak 2033 orang pelajar setiap blok.

Blok lelaki sekarang mempunyai 3 tingkat [tingkat 8 hingga 10] yang diduduki oleh pelajar-pelajar Masters dan PHD dari pelbagai bangsa dan agama. Jumlah keseluruhan tempat untuk mereka adalah dalam anggaran sebanyak 200 orang.

Perkhidmatan dobi mula diperkenalkan pada tahun 2005 dengan mesin basuh sebanyak 3 buah dan mesin kering sebanyak 1 buah.










SEJARAH RESTU
Utama
MPDR
Dari Meja Penggawa
Sejarah Restu
Organisasi
Peraturan
Keselamatan
Hubungi
Kemudahan
Desasiswa Restu
Blok M07, Desasiswa Restu,
11800 Universiti Sains Malaysia,
Pulau Pinang

No tel : 04-6534465
Faks   : 04-6579966
Pencarian bakat-bakat baru sidang 2009/10
Kepada pelajar yang berminat untuk menyertai pelbagai aktiviti sidang 2009/10, sila klik pada link ini.





Baktisiswa Perdana 2009
Tarikh : 7-12 Disember 2009
Tempat : Pahang Darul Makmur






ALUMNI RESTU
Sila klik tab untuk menyertai ALUMNI RESTU