Sorak TOT

Kita kekalkan kejuaraan !!   Memang DIVA!!
Desasiswa Restu kini boleh berbangga dengan gelaran 'Diva Sorak' apabila memenangi pertandingan Kumpulan Sorak Terbaik sempena Temasya Olahraga Tahunan (TOT) kali ke-35 di Kampus Induk, Universiti Sains Malaysia baru-baru ini. Kemenangan ini meneruskan penguasaan Restu dalam sorak setelah turut memenangi gelaran yang sama pada edisi TOT yang lalu. Keistimewaan pasukan sorak Restu bukan sekadar pada setiap laungan dan kata-kata semangat yang dilontarkan, namun kehadiran ahli pasukan yang terdiri daripada pelbagai kaum dan juga jantina cukup membuktikan bahawa pasukan sorak Restu memang unik.

       Ketua pasukan, Saudari Shidah menjelaskan bahawa latihan demi latihan yang dilakukan bersama Felo Restu, Dr. Nik Norma Nik Hassan telah berjaya membuahkan hasil yang membanggakan. Kreativiti dan sumbangan idea yang diberikan oleh ahli pasukan menjadikan pasukan Restu bertambah mantap untuk menangkis serangan pihak lawan terutamanya daripada Desasiswa Murni Nurani yang merupakan saingan utama Restu. Dengan komitmen yang jitu ditunjukkan oleh semua ahli sorak telah membuatkan Penggawa Restu, Dr. Rahimah Bt. Hj. A. Hamid berasa amat terharu. Hal ini jelas apabila Penyelaras Sorak Restu, Saudara Firdaus memaklumkan kepada kami bahawa Dr. Rahimah sanggup bersengkang mata sehingga jam 3 pagi untuk menyediakan air asam jawa untuk bekalan pasukan sorak sepanjang TOT. Terima Kasih Ibu!!.

       Kejayaan pasukan ini tidak terhenti di sini. Walaupun pada ketika TOT masih berlangsung dan belum lagi diumumkan sebagai jaguh sorak, pasukan Restu telah di pelawa untuk memberikan sokongan yang jitu terhadap kontigen USM yang akan bertanding dalam Sukan Staf-staf Universiti Malaysia di Terengganu pada cuti semester nanti. Pelawaan daripada Ketua Kontigen USM, Profesor Azazi, bagai pucuk dicita ulam mendatang bagi pasukan ini. Kesempatan ini wajar di manfaatkan oleh pasukan Restu supaya dikenali sebagai Pasukan Sorak Terbaik bukan sekadar di gelanggang USM, malah di seluruh IPTA di Malaysia. Tahniah Restu!!. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menaikkan nama pasukan ini. Semoga kejayaan ini akan berterusan di masa hadapan.Go Go Restu!!!!!!!

Pembubaran & Pelantikan MPDR 2008/09
Malam Kesenian Anak Negeri 2009
Majlis Berbuka Puasa Restu
Tilawah Al-Quran Peringkat Restu & Universiti
Futsal Piala Naib Canselor
Jejak Bestari 2008/09
Program Motivasi MPDR-KMPP
Program Motovasi Tingkatan 4 MPDR-MRSM PDRM
Lawatan Akdemik ke Beijing, China
Kunjungan Rasmi UITM, Shah Alam ke Restu
Gotong Royong Perdana RESTU
Bersamamu TV3
ARENA
Projek Penganjuran
Projek Pertandingan
Sukad Fasa 1
Pertandingan Nasyid USM
Debat Piala Naib Canselor 2008/09
Pertandingan Pantun Antara Desasiswa (PADU) 08/09
Sukad Fasa 2
Temasya Olahraga Tahunan 2009 (TOT)
Sorak TOT
Merdeka Kampus Walk 2008
Citrawarna
Maskot TOT Cemerlang
Utama
MPDR
Dari Meja Penggawa
Sejarah Restu
Organisasi
Peraturan
Keselamatan
Hubungi
Kemudahan
AKTIVITI 2008/09