Kunjungan mahasisiwa dan mahasiswi dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 13-15 Februari 2009 disambut baik oleh Majlis Penghuni Desasiswa Restu (MPDR). Mandat yng telah diberikan oleh pihak universiti terhadap Desasiswa Restu digunakan sebaik mungkin oleh ahli majlis penghuni. Kunjungan mahasisiwa dan mahasiswi UiTM adalah satu penghormatan buat desasiwa Restu.
Kunjungan mereka ke sini adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara setiap mahasiswa dan mahasiswi Universiti Sains Malaysia (USM) dan UiTM selaku Institusi Pendidikan Tinggi Awanm (IPTA). Di samping itu, lawatan ini juga bertujuan untuk bertukar-tukar pandangan mengenai sistem gerak kerja yang terdapat dalam kedua-dua universiti tempatan. Lawatan mahasiswa dan mahasisiwi ini bertemakan 'Lawatan Jalinan Mahasiswa Intelektual'.
Program ini bermula pada 14 Februari 2009 di mana sesi bergambar merupakan tirai pembukaan kunjungan mereka ke sini.. Selepas selesai menjamah sarapan pagi, sesi bergambar bersama mahasiswa dan mahasiswi UiTM dijalankan. Encik Azmi selaku penolong penggawa Desasiswa Restu turut serta dalam sesi ini.
Setelah selesai menjalankan sesi bergambar, diskusi dijalankan di bilik mesyuarat MPDR. Masing-masing bertukar pandangan dan memberikan pendapat mengenai gerak kerja untuk mengendalikan asrama di universiti masing-masing. Selain itu, persembahan multimedia daripada MPDR dan UiTM turut disajikan.
Selepas selesai sesi diskusi, jamuan makan tengahari diadakan dalam keadaan yang sederhana. Penggawa desasiswa restu, Dr. Rahimah Hj. A. Hamid turut meluangkan masa dalam majlis ini dengan menyampaikan sepatah dua kata.
Pada petang harinya, mahasiswa dan mahasiswi UiTM di bawa ke Muzium Tuanku Fauziah untuk mendalami sejarah yang terdapat di dalam muzium ini. Mereka tidak terlepas peluang untuk mencanting batik yang terdapat di luar muzium. Masing-masing menunjukkan bakat dalam penghasilan batik. Pelbagai warna dan corak dapat dilihat. Setelah itu, sesi bergambar diadakan dihadapan muzium tersebut.
Pada sebelah malam, mereka dibawa ke padang kota lama untuk menikmati keenakan makanan laut dan juga keindahan pemandangan di padang kota tersebut. Terpancar di wajah mereka keseronokan menjamah makanan laut seperti sotong bakar, sotong kangkung, kerang bakar dan banyak lagi. Malam ini program hanya berunsurkan santai.
Keesokan harinya atas permintaan mahasiswa dan mahasiswi UiTM untuk pergi melancong maka, MPDR membawa mereka berkelah di Teluk Kumbar. Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya pertandingan istana tercantik, bersantai, mengutip kekerang, mandi manda dan sebagainya. Sesi bergambar dan pertukaran cenderahati turut diadakan. Kegembiraan terpancar di wajah mereka. Program Lawatan Jalinan Mahasiswa Intelektual ini diakhiri di KOMTAR. Tidak sah sekiranya datang ke penang tanpa membeli jeruk. Jadi di kesempatan mereka berkunjung ke penang maka MPDR membawa mereka ke KOMTAR. Puas membeli belah mereka pun pulang denagn hati yang gembira.