Tilawah Al-Quran Peringkat Restu & Universiti
Jika kita perhatikan umat pada masa kini, kita terlalu alpa dengan hiburan masa kini. Mereka semua hanya menyertai acara-acara yang ala-ala 'vogue' sahaja. Apabila Restu mengadakan pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Desasiswa Restu, sambutannya amat mengecewakan. Cuba kita bayangkan hanya 4 peserta sahaja yang menyertai pertandingan tersebut.
Ketua hakim pada malam tersebut iaitu wakil daripada pusat Islam memberi komen secara sindiran iaitu menggalakkan peserta yang akan mewakili Restu supaya berguru kerana membaca Al-Quran dengan Qiraat dan tajwid yang betul merupakan satu perkara yang perlu dipelajari. Beliau juga turut menyatakan kekecewaan dengan penyertaan majlis sebegitu rupa yang amat naif.
Pada pertandingan peringkat antara desasiswa, wakil daripada desasiswa Restu tewas. Penyandang juara tahun lepas sekali gus memenangi pertandingan bagi kategori lelaki dan akan mewakili universiti dalam pertandingan tilawah peringkat antara Unversiti.