Program ini adalah program yang dianjurkan oleh Majlis Penghuni Desasiswa Restu Universiti Sains Malaysia(USM) dan merupakan program yang julung kali diadakan. Program ini bertujuan untuk melatih para mahasiswa/i melakukan aktiviti bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik melalui kerjasama dengan pihak TV3.
Program ini bertujuan untuk melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang berkebolehan dalam kepimpinan dan mampu menjadi penggerak yang berketrampilan selaras dengan moto Universiti Sains Malaysia "Kami Memimpin", membantu pihak TV3 dalam melaksanakan program "Bersamamu" dan Memberi pendedahan kepada mahasiswa/i tentang corak kehidupan sebenar sesebuah masyarakat yang kurang bernasib baik.
Program ini disertai oleh Penggawa Desasiswa Restu iaitu Dr.Rahimah bt Hj A Hamid,Felo Desasiswa Restu iaitu Dr Nik Norma Nik Hasan, dan 23 orang daripada Majlis Penghuni Desasiswa Restu.Program ini telah mendapat tajaan sebanyak RM 400.00 daripada TNC Hal Ehwal dan pembangunan Pelajar iaitu Prof.Omar Osman dan sumbangan sebanyak RM 2000.00 daripada warga Universiti Sains Malaysia.
Aktiviti-aktiviti yang di jalankan:
1) Membersih kawasan rumah
2) Mengemas dan mengatur barangan baru.
3) Memberi wang kutipan derma dan memberi motivasi
Projek ini merupakan julung kalinya diadakan bersama TV3 dan merupakan satu projek yang telah mendapat liputan secara meluas dan telah digunakan sebagai salah satu elemen dalam rancangan HUJAH yang mahukan mahasiswa yang berbakti kepada masyarakat.