Berbeza dengan sidang yang sebelumnya, sukad pada kali ini memberikan kelainan daripada aspek tempat dan juga bahagian-bahagian pertandingan, jika pada sidang lepas, Sukad dilaksanakan melalui 2 fasa. Namun pada sidang ini, ianya dilaksanakan dalam 3 fasa iaitu fasa 1 bertempat di USM Kubang Kerian, Fasa 2 bertempat di USM Transkrian manakala Fasa 3 bertempat di USM kampus Induk.
Semangat pasukan Sukad kali ini berkobar-kobar boleh dilihat semasa majlis penyerahan bendera yang dilaksanakan pada 16 Oktober 2008 bertempat di hadapan pejabat Desasiswa Restu. Ketua kontinjen atau pengarah projek pada kali ini digalas oleh saudari Mazaratul Fadiah Bt. Abdul Hamid.
Pada keesokan harinya, iaitu 17 Oktober 2008, pasukan Sukad Restu diiringi pasukan sorak Restu bertolak dari desasiswa Restu ke USM Kubang Krian, Kelantan untuk Sukad Fasa 1. fasa 1 dilaksanakan selama 3 hari iaitu 17-19 Oktober 2008 di sekitar kawasan USM Kubang Krian. Antara pertandingan yang dijalankan semasa sukad fasa 1 iailah Futsal kategori wanita, boling lelaki dan wanita serta skuasy.
Pada acara yang dipertandingkan sepanjang 3 hari tersebut, restu tidak menghantar wakil untuk pertandingan skuasy kerana ketiadaan wakil. Untuk keseluruhan pertandingan, hanya boling lelaki yang berjaya merangkul pingat iaitu pingat perak. Pasukan boling lelaki dianggotai oleh saudara Rosdi b. Osman, Mohd Khairuizwan b. Abd. Aziz, Ahmad Shariman b. Aznan, Mohd Nosalzlee b. Zainon (wakil pihak pengurusan) dan Mohd Hilmie Abdullah sebagai pemain simpanan.
Walaupun pasukan Sukad kita tidak memenangi pingat dalam acara-acara lain, namun kehadiran pasukan sorak Restu menggamatkan suasana Sukad di Kubang Kerian. Pasukan sorak Restu yang diketuai olah Saudari Shidah dan Saudara Firdaus itu semakin aktif kerana pasukan sorak di Desasiswa Restu sudah mendapat penarafan kelab. Saudara Mazaratul pula hanya memberi komen prestasi setakat ini adalah di paras "ok-ok" sahaja kepada pena restu apabila ditemu ramah. Walau bagaimanapun, pelbagai acara lagi yang akan dipertandingkan pada sukad fasa1 dan 2. kita tunggu dah lihat kejayaan Restu. Go Restu! Go Restu!