Sukad fasa 2 diadakan di kampus induk, USM. Sukad fasa 2 merangkumi acara bola sepak, badminton,bola keranjang, tenpin boling, bowling dan banyak lagi. Desasiswa Restu telah menyahut cabaran dengan menyertai semua acara yang dipertandingkan.
Perkara yang paling membanggakan adalah kemenangan skuad badminton yang telah memecah tradisi yang telah di pegang oleh Desasiswa Murni Nurani daripada kampus Kesihatan. Selain itu, Restu telah memperolehi 3 pingat perak dalam pertandingan boling padang dan bola sepak. Kejayaan ini merupakan satu kebanggan kepada desasiswa Restu yang selama ini hanya menduduki tangga tercorot sahaja. Restu merupakan desasiswa yang paling cemerlang dalam kampus induk untuk Sukad fasa 2 ini .
"Majulah Sukan untuk Negara".