Lawatan Akademik ke Beijing

Projek antarabangsa
       Benarlah kata pepatah hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri daripada negeri orang. Kenyataan ini tidak bermakna program Akademik dan Konvensyen Warisan Budaya Dan Bahasa  Malaysia Dan China Di Beijing Foreign Studies University, Beijing China  pada kali ini tidak meriah, tetapi hanya kami lebih selesa tingal di bumi Malaysia daripada negeri China. Lawatan yang diketuai oleh Dr. Rahimah Haji A. Hamid, penggawa desasiswa restu ini bermula daripada 30 Mei 2009 sehingga 5 Jun 2009. Walau bagaimanpun, pada hakikatnya lawatan kami pada kali ini sepatutnya berakhir pada 4 Jun 2009, tetapi disebabkan oleh pesawat yang kami naiki telah melakukan transit di Bangkok selama satu malam. Lawatan kali ini amat meriah dengan disertai 18 orang  pelajar Universiti Sains Malaysia, 21 orang pensyarah daripada pelbagai pusat pengajian Universiti Sains Malaysia (USM), 10 orang peserta dari Universiti Malaysia Kelantan, 2 orang pelajar dari Universiti Teknologi Malaysia, dan 2 orang pelajar dari Universiti Teknologi Mara. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk menyertai Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu Beijing 2009. Persidangan ini adalah sempena ulang tahun ke-35 hubungan diplomatik Malaysia-Republik Rakyat China. Turut hadir semasa persidangan ini ialah Perdana Menteri Malaysia yang kelima, Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak.
       Kami bertolak dari café Desasiswa Restu pada jam 5.30 pagi kerana kapal terbang yang akan kami naiki akan berlepas pada jam 8.20 pagi. Setelah hampir 8 jam kami berada di dalam pesawat, akhirnya kami sampai pada jam 4.20 petang waktu tempatan di lapangan terbang Beijing, China. Waktu di China adalah sama dengan waktu di Malaysia. Di lapangan terbang Beijing, China, saringan kesihatan oleh kerajaan tempatan amat ketat sekali. Namun kami semua tidak mempunyai masalah dalam ujian kesihatan tersebut. Setelah sampai di hotel, kebanyakan peserta berehat di bilik masing-masing        
       Pada keesokan harinya, kami semua bertolak ke Beijing Foreign Studies Universiti untuk menyertai persidangan yang dijalankan. Beberapa orang pensyarah dan pelajar telah membentangkan kertas kerja semasa persidangan itu dijalankan. Walau bagaimanapun, terdapat 6 orang yang terdiri daripada 5 orang pensyarah dan seorang pelajar akan membentangkan kertas kerja pada hari yang berlainan. 5 hari lawatan di Beijing adalah lawatan yang paling bermakna buat kami. Lawatan kami banyak tertumpu kepada pusat jualan kerajaan. Antara tempat jualan kerajaan yang kami kunjungi ialah Jade Center, Pearl Centre, Diamond Centre, Silk Center, Tea house, Pusat Ubat Beijing. Disamping itu, kami bersekempatan membeli belah di Yashow Market dan Yueshaw Market. Harga di situ amatlah murah dan memuaskan.
       Selain daripada pusat jualan kami sempat melawat tempat yang menarik seperti Zoo Panda, Kota Larangan, Forbidden City, Panda Zoo, Summer Palace, dan Stadium Olimpik Beijing. Kesemua tempat tersebut adalah tempat bersejarah yang kami kagumi seni binanya. Terdapat Masjid Islam yang tertua yang sempat kami lawati. Kemuncak lawatan kami ialah lawatan ke salah satu daripada 7 keajaiban dunia iaitu Tembok Besar China.
       Sepanjang lawatan kami, kami amat berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh pihak Universiti dan pihak agen. Dari aspek makanan, berbeza dengan cara di Malaysia walaupun makanan nasi menjadi makanan utama. Menu wajib setiap kali hidangan kami ialah Sup Telur yang menjadi igauan kami sehingga kini. Setelah kami sampai di Malaysia, kami tersenyum riang dan mengucap kesyukuran kerana tiada apa yang buruk berlaku terhadap kami. Diharapkan lawatan pada masa hadapan akan terus cemerlang, gemilang dan terbilang.


       

Pembubaran & Pelantikan MPDR 2008/09
Malam Kesenian Anak Negeri 2009
Majlis Berbuka Puasa Restu
Tilawah Al-Quran Peringkat Restu & Universiti
Futsal Piala Naib Canselor
Jejak Bestari 2008/09
Program Motivasi MPDR-KMPP
Program Motovasi Tingkatan 4 MPDR-MRSM PDRM
Lawatan Akdemik ke Beijing, China
Kunjungan Rasmi UITM, Shah Alam ke Restu
Gotong Royong Perdana RESTU
Bersamamu TV3
ARENA
Projek Penganjuran
Projek Pertandingan
Sukad Fasa 1
Pertandingan Nasyid USM
Debat Piala Naib Canselor 2008/09
Pertandingan Pantun Antara Desasiswa (PADU) 08/09
Sukad Fasa 2
Temasya Olahraga Tahunan 2009 (TOT)
Sorak TOT
Merdeka Kampus Walk 2008
Citrawarna
Maskot TOT Cemerlang
Utama
MPDR
Dari Meja Penggawa
Sejarah Restu
Organisasi
Peraturan
Keselamatan
Hubungi
Kemudahan
AKTIVITI 2008/09