Program Motivasi Tingkatan 4 MPDR-MRSM PDRM
Pada 6 hingga 8 Ogos yang lalu, bertempat di Desasiswa Restu, seramai lebih kurang 120 orang pelajar daripada Maktab Rendah Sains MARA, Kulim Kedah telah menghadiri satu Kem Motivasi yang diadakan untuk memantapkan jati diri mereka. Program yang dicetuskan oleh Cikgu Rahman selaku guru di MRSM terbabit telah membawa para pelajar ini ke satu frasa yang baru dalam proses pembelajaran mereka. Cikgu Rahman merupakan suami kepada Dr. Nik Haslinda (Felo pada ketika itu) dan Dr. Nik sendiri telah memberikan sepenuh kepercayaan kepada kami untuk menguruskannya. Melalui gabungan tenaga mantan-mantan Exco Sidang 07/08 berjaya menjalankan kem ini dengan jayanya. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalag seperti ceramah, latihan dalam kumpulan, santapan rohani dan sebagainya.
Setiap aktiviti mendapat sambutan yang cukup menggalakkan terutamanya yang melibatkan kerjasama dalam kumpulan. Mereka begitu teruja kerana diberi peluang mengalami suatu suasana yang baru dalam hidup mereka. Hal ini diakui sendiri oleh guru-guru pengiring mereka. Malah sepanjang 3 hari program ini berlangsung, guru mereka tidak melepaskan setiap saat dan detik untuk dirakamkan sebagai kenangan dalam bentuk video dan akan ditayangkan kepada pengetua mereka. Sejurus selepas berakhirnya program ini, pihak kami sekali lagi mendapat pelawaan untuk mengadakan program yang serupa kepada para pelajar baru yang akan dating pada semester kedua nanti. Semoga jalinan yang terbina akan berkekalan selamanya.