Restu Pasukan Paling Ceria
Pada setiap tahun, apabila tibanya tanggal 31 Ogos, semestinya terdapat majlis nyanyian dan juga persembahan yang berunsurkan persaingan antara desasiswa. Namun, pada sambutan kali ini, pihak Universiti Sains Malaysia (USM) tidak lagi mengadakan malam Apresiasi Merdeka. Acara seperti ini digantikan dengan Merdeka Campus Walk dan malam deklamasi puisi yang dikelolakan oleh dewan budaya yang turut mendapat kerjasama daripada Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan.
Acara bermula pada petang 30 Ogos 2008 yang menghimpunkan ratusan pelajar USM daripada pelbagai bidang. Pelajar berarak daripada padang
kawasan USM.
Pasukan Restu yang menyertai perbarisan pada hari tersebut amat meriah dan cukup ceria sekali. Semuanya bersemangat patriotik. Akhirnya setelah semua berhimpun kembali, Restu telah dinobatkan sebagai desasiswa paling ceria sepanjang Campus Walk dilaksanakan. Semua hadirin agak terkejut begitu juga dengan pasukan Restu kerana tidak menyangka ada penghargaan sebegitu. Walau bagaimanapun syabas RESTU.
Perpaduan Teras Kejayaan!!!
ooooooOoooooo