Pada 21 September 2008 bersamaan 21 Ramadhan bertempat di bangunan M08 atau lebih dikenali sebagai Dewan RST berlangsungnya Majlis Berbuka Puasa Restu 2008. Berbeza dengan sidang lepas yang suasananya agak berunsurkan 'makan di café', pada kali ini ia berunsurkan ala-ala kampung iaitu semua tetamu tidak kira bangsa dan juga agama duduk 'bersila' bersama-sama.
Majlis yang dikelolakan oleh biro kerohanian dan diketuai oleh Saudara Wan Nur Adli Bin Tengah@Wan Ngah turut
mendapat penyertaan daripada golongan bukan Islam. Menurut salah seorang penghuni bukan Islam yang hadir pada malam tersebut iaitu saudara Lim Yong Ching berkata, beliau suka untuk turun bergaul bersama-sama untuk merasai kenikmatan berbuka puasa bersama-sama orang Muslim. Antara penolong Penggawa dan Felo Restu yang turut hadir pada malam itu Shahrizal, Pn Rosnah dan Dr Nik Nur Haslinda yang juga turut merasmikan majlis tersebut. Penggawa iaitu Dr Rahimah tidak dapat menghadiri majlis pada ketika itu kerana beliau bersama YDP Restu terpaksa menghadiri mesyuarat SUKAD di kampus Kubang Krian. Akhirnya, majlis itu berjalan dengan lancarnya dengan kerjasama yang erat antara exco yang bertungkus lumus membuat persiapan seawal jam 9.00 pagi. Antara makanan yang dihidangkan dengan bayaran RM5 ialah ayam masak kicap yang memukau tetamu pada hari tersebut. Perkara yang menariknya ialah exco sendiri turut menyediakan sendiri bubur kacang merah yang begitu lazat sekali. Begitulah menariknya suasana majlis berbuka puasa restu ini.
Kurang Mendapat sambutan tetapi ceria
Majlis Berbuka Puasa Restu 2009