Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya, dapat kita bertemu di ruangan artikel yang julung-julung kalinya diterbitkan pada tahun 2009 ini. Terima kasih kepada penerbit kerana memberikan saya ruang untuk menyampaikan sepatah dua patah kata dalam terbitan kali ini untuk "Malam Kesenian Anak-Anak Negeri 2009". Bagi merealisasikan matlamat Universiti Sains Malaysia, untuk menjadi salah sebuah universiti yang terbaik di dunia setelah mendapat pengiktirafan sebagai Universiti APEX khasnya dan mencapai matlamat serta mendukung aspirasi negara, siswa siswi negara ini sepatutnya melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai aktiviti yang boleh memberi faedah. Hal ini termasuklah penglibatan siswa dan siswi secara menyeluruh sama ada secara langsung atau tidak. Penglibatan yang aktif oleh golongan ini dapat menjamin penghasilan  graduan yang mempunyai pelbagai kebolehan dalam pelbagai bidang dan secara tidak langsung dapat meningkatkan kualiti graduan yang tidak tertumpu hanya pada satu bidang sahaja. Penglibatan siswa siswi ini boleh ditunjukkan melalui bidang seni dan kebudayaan, kepimpinan, sukan dan aktiviti sosial.
       
       Sehubungan dengan itu, Malam Kesenian Anak-Anak Negeri diadakan bagi menggalakkan pelajar di dalam Persatuan Anak-Anak Negeri di USM bergerak aktif dalam pelbagai bidang dan bukan hanya tertumpu kepada bidang akademik semata-mata. Selain itu program ini juga bertujuan untuk merapatkan silaturahim serta hubungan rapat antara persatuan-persatuan anak-anak negeri. Menjadi satu hasrat dan tujuan USM untuk membentuk hubungan erat antara mahasiswa/i di Universiti Sains Malaysia. Dengan bertemakan "Kelestarian Budaya Warisan Bangsa ",acara ini yang telah berlangsung pada 05 Januari 2009 lalu dan dihadiri oleh Yang Berbahagia  Profesor Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak, Naib Canselor, Universiti Sains Malaysia, dan  Profesor Madya Omar bin  Osman, Timbalan Naib Canselor, bertempat di Dewan Budaya USM telah Berjaya memupuk semangat memelihara budaya warisan negeri masing-masing  dan memperkenalkannya kepada umum. Demikian juga dengan hasrat untuk melestarikan budaya yang disanjung tinggi dipertanggungjawabkan kepada golongan muda serta dapat menggalakkan mereka menghargai dan melestarikan khazanah budaya warisan negeri masing-masing untuk generasi masa hadapan. Kerjasama dan persefahaman adalah  penting dalam menghadapi cabaran global yang kian mencabar. Jika semua pihak berganding bahu dalam menjalankan segala yang diamanahkan, sudah tentu harapan negara untuk melahirkan graduan yang mempunyai "Minda Kelas Pertama" bukanlah igauan semata.
       
       Akhir kata dari saya, terima kasih kepada pihak Majlis Penghuni Desasiswa Restu (MPDR), terutama Yang Di-Pertua MPD Restu, saudara Rosdi B. Osman kerana mengamanahkan  dan memberikan kepercayaan kepada saya sebagai pengarah projek untuk program ini. Jutaan terima kasih kepada semua penyelaras yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang kecacatan dan kekurangan sepanjang program tersebut berlangsung. Semoga program ini akan menjadi acara tahunan untuk Universiti Sains Malaysia dan semoga Desasiswa Restu akan terus gemilang dalam era APEX Universiti


Malam Kesenian Anak Negeri 2009
AKTIVITI 2008/2009
Pembubaran & Pelantikan MPDR 2008/09
Malam Kesenian Anak Negeri 2009
Majlis Berbuka Puasa Restu
Tilawah Al-Quran Peringkat Restu & Universiti
Futsal Piala Naib Canselor
Jejak Bestari 2008/09
Program Motivasi MPDR-KMPP
Program Motovasi Tingkatan 4 MPDR-MRSM PDRM
Lawatan Akdemik ke Beijing, China
Kunjungan Rasmi UITM, Shah Alam ke Restu
Gotong Royong Perdana RESTU
Bersamamu TV3
ARENA
Projek Penganjuran
Projek Pertandingan
Sukad Fasa 1
Pertandingan Nasyid USM
Debat Piala Naib Canselor 2008/09
Pertandingan Pantun Antara Desasiswa (PADU) 08/09
Sukad Fasa 2
Temasya Olahraga Tahunan 2009 (TOT)
Sorak TOT
Merdeka Kampus Walk 2008
Citrawarna
Maskot TOT Cemerlang
Utama
MPDR
Dari Meja Penggawa
Sejarah Restu
Organisasi
Peraturan
Keselamatan
Hubungi
Kemudahan