Ramai bekas penghuni Desasiswa Restu terutamanya bekas-bekas exco telah berjaya di alam pekerjaan selepas majlis Graduasi mereka. Justeru, ruangan Alumni ini memberi peluang kepada mereka untuk berkongsi pengalaman kepada penghuni Restu serta memberi tunjuk ajar kepada exco-exco yang baru. Justeru, usaha penubuhan ALUMNI RESTU ini memerlukan kerjasama daripada semua pihak terutama mantan-mantan YDP Restu untuk mengumpul semua exco-exco pada sidangnya.
Pada peringkat permulaan, kami MDPR sidang 2009/10 sedang mengumpul maklumat tentang bekas penghuni/exco restu yang ingin menyumbangkan tenaga untuk menceritakan pengalaman mereka sekali gus bertindak untuk menubuhkan ALUMNI RESTU ini. Selain daripada itu, memori 6 tahun penubuhan RESTU mungkin akan dibukukan jika mendapat sokongan daripada semua pihak. Maklumat boleh diisi pada borang ALUMNI RESTU. Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi melalui email alumni_restu@hotmail.com.
Setiap memori perlu kita kongsi bersama untuk dijadikan teladan dan pedoman kepada yang baru. Semoga usaha ini akan mendapat manfaat kepada semua pihak. Sekian terima kasih.
<SILA ISI BORANG DIBAWAH UNTUK ALUMNI RESTU>