ARENA 2009

Tetap ceria
      Malam Penghargaan Restu atau Restu Appreciation Nite 08/09 telah berlangsung dengan jayanya di Hotel Vistana 29 Mac yang lalu. Dengan bertemakan 'Dynamics Of Diamond', ARENA dihadiri oleh pihak pengurusan Desasiswa Restu, Majlis Tertinggi dan Exco MPD Restu 08/09, Pembantu Exco, Mantan-mantan MPD Restu, pihak kafeteria dan juga penghuni Restu.

       ARENA yang dibuka penyertaan untuk semua penghuni bertujuan untuk menghargai setiap kerja dan penat lelah semua pihak yang terlibat dalam menaikkan nama Desasiswa Restu sepanjang sidang 08/09 ini. Terdapat pelbagai anugerah yang disediakan untuk mengiktiraf insan-insan yang layak menerimanya. Menurut Pengarah Projek, Saudara Firdaus, walaupun terdapat pelbagai halangan yang terpaksa ditempuhi oleh pihak sekretariat, komitmen dan kesungguhan terus dipamerkan sehingga ARENA dapat berjalan dengan lancar. "Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua sekretariat serta pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan projek ini". Walaupun terdapat sebilangan Exco yang tidak memberikan kerjasama, namun ianya sedikitpun tidak menjejaskan kemeriahan majlis ini. Malah ianya bertambah meriah dengan  kemewahan 'Lucky Draw' yang telah disediakan.

       Malam itu dimulakan dengan sesi 'redcarpet' di sekitar 'poolside' sementara menanti kehadiran para tetamu jemputan. Kegemerlapan terpancar melalui riak muka para tetamu yang kebanyakkan mengikut tema yang diberi. Anugerah 'King & Queen Of The Night' diberikan kepada saudara Coco dan saudari Flora kerana memperagakan pakaian yang memukau pandangan hadirin. Manakala bagi 'Sweet Couple' pula telah dimenangi oleh saudara Mamu dan As kerana 'sporting' sepanjang majlis ini berlangsung.

       Diharapkan agar ARENA tahun depan dapat diteruskan dengan lebih meriah lagi. Dengar cerita temanya kali ini ala-ala 'Ocean'???????...Betul ke??huhu..terpulangla kepada pengarah projek yang terlibat. Sesiapa yang ingin merasai kegemilangan pentas ARENA pada sidang depan boleh terus memerhatikan poster-poster promosi yang bakal dinaikkan nanti.

Penerima Anugerah

Exco Lelaki Terbaik :
Mohd Hafizuddin Muhd Suhaimi

Exco Perempuan Terbaik :
Lim Yong Ching

Pembantu Exco Lelaki Terbaik :
Mohd Hafiz Abdullah

Pembantu Exco Perempuan Terbaik :
Murni Yahya

Ketua Aras Terbaik :
Mohd Fakhruddin Salleh

Penyelaras Lelaki Terbaik :
Ezal Ezham Azami

Penyelaras Perempuan Terbaik :
Mazaratul Fadhiah Abd Hamid

Biro Terbaik :
Biro Multimedia

Kafe Terbaik :
Ella's Café

Penghuni Lelaki Aktif :
Azmi Md Said

Penghuni Perempuan Aktif :
Nur Aziatul Aina Mokhtar

Kakitangan Pejabat Paling Mesra :
Abang Norsalzlee (Zali)

Projek Pertandingan Terbaik :
Debat Piala Naib Canselor

Projek Penganjuran Terbaik ;
Bersamamu TV3
Malam Kesenian Anak Negeri USM

Anugerah Khas Penggawa :
Mohd Khairul Anwar Habib Rahman
Nik Nor Syahaddah Fathihah Nik Yahya
Nur Faezah Baharuddin
Abdul Sukor Abdullah
Syahidatul Munirah

Anugerah Penggawa :
Rosdi Osman
Shuhada Musiran


Pembubaran & Pelantikan MPDR 2008/09
Malam Kesenian Anak Negeri 2009
Majlis Berbuka Puasa Restu
Tilawah Al-Quran Peringkat Restu & Universiti
Futsal Piala Naib Canselor
Jejak Bestari 2008/09
Program Motivasi MPDR-KMPP
Program Motovasi Tingkatan 4 MPDR-MRSM PDRM
Lawatan Akdemik ke Beijing, China
Kunjungan Rasmi UITM, Shah Alam ke Restu
Gotong Royong Perdana RESTU
Bersamamu TV3
ARENA
Projek Penganjuran
Projek Pertandingan
Sukad Fasa 1
Pertandingan Nasyid USM
Debat Piala Naib Canselor 2008/09
Pertandingan Pantun Antara Desasiswa (PADU) 08/09
Sukad Fasa 2
Temasya Olahraga Tahunan 2009 (TOT)
Sorak TOT
Merdeka Kampus Walk 2008
Citrawarna
Maskot TOT Cemerlang
Utama
MPDR
Dari Meja Penggawa
Sejarah Restu
Organisasi
Peraturan
Keselamatan
Hubungi
Kemudahan
AKTIVITI 2008/09