Debat Piala Naib Canselor 2008/09
Pertandingan Debat Piala Naib Canselor merupakan pertandingan yang dinanti-nantikan oleh semua pelajar Universiti Sains Malaysia terutama para penghuni di setiap desasiswa. Desasiswa Restu telah menghantar wakil bagi pertandingan DPNC kali ini. Mereka yang telah terpilih pada kali ini ialah Mohd. Zaim bin Zainal, Mohd Hafizuddin bin Muhd. Suhaimi, dan Ng Kok Hou untuk pengetahuan umum, dalam pasukan terdapat satu-satunya peserta wanita simpanan, saudari Mahirah bt. Margimin.
Pada peringkat pertama pertandingan kumpulan debat Restu telah mengalahkan peserta daripada Desasiswa Jaya. Pertandingan kali ini diadakan ala parlimen dan desasiswa Restu telah menunjukkan komitmen yang padu dalam setiap pertandingan. Selepas Berjaya mengalahkan Jaya Kumpulan debat Restu mara untuk bertemu dengan desasiswa Cahaya Gemilang. Kumpulan Debat Restu telah betungkus lumus bertarung dengan penuh semangat dan akhirnya dapat meneruskan ke peringkat yang ketiga. Pada kali yang ketiga Peserta Restu bertemu dengan peserta daripada Desasiswa Bakti Permai. Dalam pertandingan ini peserta Restu bersungguh-sungguh mempertahankan konsep yang dibawa, sehinggalah Desasiswa Restu mara ke peringkat seterusnya bertemu dengan peserta Desasiswa Murni Nurani.
Berbekalkan semangat berpasukan yang cukup kuat dan sokongan yang padu daripada rakan-rakan Desasiswa Restu telah Berjaya untuk mara ke perlawanan separuh akhir. Pertandingan cukup hebat pada semi final kerana sekali lagi peserta Desasiswa Restu bertemu dengan Desaiswa Bakti Permai. Dengan tajuk : Calon mempengaruhi Parti Bukan Parti mempengaruhi calon. Kami bernasib baik kerana telah layak ke perlawanan akhir bertemu dengan desasiswa Aman Damai dengan tajuk Kestabilan ekonomi menjamin perpaduan masyarakat.Akhirnya dengan rahmat junjungan ilahi kami Berjaya melakar sejarah memenangi Debat Piala naib Canselor yang menjadi idaman kepada semua desasiswa seterusnya menebus kembali kekalahan di pentas akhir pada sidang 2007/2008. Kemengan ini amat bermakna kepada kami semua terutama kepada Penggawa Desasiswa Restu iaitu Dr.Rahimah bt Hj A hamid dan Felo desasiswa Restu iaitu Dr Nik Norma Nik Hasan
Sekalung Tahniah dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menaikkan semangat Debat pada kali ini.