Usaha yang patut diteruskan
Program Jejak Bestari anjuran Desasiswa Restu telah berlangsung pada 7-9 Mac 2009. Program ini merupakan program yang berbentuk motivasi yang menekankan aspek pembinaan modal insan dalam diri peserta bagi mempersiapkan mereka dengan situasi kehidupan yang lebih mencabar di universiti. Program ini berlangsung di Desasiswa Restu dan kawasan sekitar kampus induk Universiti Sains Malaysia. Program motivasi ini disertai oleh 281 orang pelajar dari Maktab Rendah Sains Mara. Dengan bertemakan " Usaha Direstui, Kejayaan Dijejaki". Program ini memberi fokus kepada pelajar tingkatan 5 dan pelajar tingkatan 3, dimana pelajar ini akan menduduki peperiksaan SPM dan PMR.
Dalam program ini, para peserta dibimbing oleh fasilitator yang terdiri dari mahasiswa USM, untuk mempersiapkan diri mereka untuk menghadapi peperiksaan penting, membina sahsiah kendiri dan juga memberi pendedahan awal kepada mereka tentang corak kehidupan sebagai seorang mahasiswa.
Program ini memuatkan ceramah-ceramah yang diberikan oleh pensyarah USM. Selain itu latihan dalam kumpulan juga turut diadakan. Gabungan latihan dan ceramah ini dapat memenuhi objektif program ini. Para peserta akan mendapat pelbagai faedah dari program ini, contohnya kesedaran tentang pentingnya modal insan berminda kelas pertama dapat diterapkan kepada para pelajar. Selain itu para pelajar akan mendapat semangat , dorongan dan galakan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Dari sudut yang lain pula peserta akan mempelajari teknik-teknik belajar yang berkesan disamping dapat mengenali USM dengan lebih dekat dan terdedah dengan suasana kehidupan di universiti.
Program Jejak Bestari ini merupakan pengalaman yang berharga kerana dapat mengcungkil bakat kepimpinan serta kerjasama antara satu sama lain melalui semangat kerja berpasukan. Ini secara tidak langsung ikatan silaturahim dapat dikukuhkan antara penghuni dengan masyarakat di luar kampus.
Berdasarkan impak positif yang dapat diperolehi di dalam Program Jejak Bestari ini, maka amatlah diharap pada sidang akan datang program seperti ini dapat diteruskan lagi.