Utama
MPDR
Dari Meja Penggawa
Sejarah Restu
Organisasi
Peraturan
Keselamatan
Hubungi
Kemudahan
AKTIVITI 2009/2010
Majlis Berbuka Puasa 2009


       Majlis berbuka puasa merupakan program tahunan Restu apabila tibanya bulan Ramadhan. Walaupun MPDR sidang 2009/10 baru sahaja terbentuk,  majlis ini tetap berjalan dengan jayanya dibantu oleh pihak pengurusan. Pogram ini dilaksanakan pada 13 September 2009. Pada tahun ini, konsep 'masak sendiri' menjadi teras majlis ini. Aktiviti masak memasak yang diketuai oleh En. Azmi dan Dr. Rahimah merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh kami. Pengarah projek untuk program ini ialah saudari Siti Hanum.

       Kehadiran penghuni Restu pada hari tersebut amat memberangsangkan. Lebih 300 penghuni turun untuk berbuka puasa bersama-sama MPDR. Kehadiran TNC HEPP, Profesor Omar Osman menambahkan kecerian majlis pada hari tersebut. Walaupun suasana agak kelam kabut kerana dengan kehadiran penghuni yang ramai, kebanyakan pelajar yang datang berpuas hati dengan menu yang disediakan. Syabas Biro kerohanian!!