Pelantikan Pembantu Exco sidang akademik 2009/10
Buat julung-julung kalinya pada tahun ini pelantikan pembantu exco MPDR diadakan. Pada tahun ini, jumlah pembantu exco yang dilantik agak ramai berbanding pada tahun-tahun yang lalu. Dengan pelantikan ini, pembantu exco akan diikitiraf tarafnya dalam MPDR. menurut YDP MPDR sidang 2009/10 saudara Mohd Zaim, pelantikan ini dibuat atas tujuan tiada lagi rungutan oleh pembantu exco bahawa pelantikan mereka tidak diiktiraf.
Majlis yang diadakan ini agak sederhana tetapi meriah kerana kehadiran exco yang mengambil peluang untuk beramah mesra dengan pembantu mereka. Konsep kekeluargaan turut dicerita semasa ucapan YDP MPDR. Diharapkan dengan pelantikan ini akan menyemarakkan lagi semangat pembantu exco dalam melaksanakan projek pada masa akan datang.