Utama
MPDR
Dari Meja Penggawa
Sejarah Restu
Organisasi
Peraturan
Keselamatan
Hubungi
Kemudahan
AKTIVITI 2009/2010
Mini TOT Restu 2010

        Mini TOT mungkin program yang agak baru untuk MPDR kerana sebelum ini tidak dilaksanakan atas tiada sambutan. Namun ia berbeza dengan tahun ini kerana exco MPDR sungguh bersemangat untuk membuat mini TOT disokong oleh atlet RESTU 2010. Hasil perbincangan, mini TOT telah dilaksanakan pada 20 Mac 2010. Sebanyak 6 acara telah dipertandingkan antaranya ialah lontar peluru, merejam lembing, lari 4 X 100 meter, lompat jauh, lompat tinggi, dan lontar cakera. Pertandingan dijalankan mengikut kategori lelali dan perempuan. Penyertaan memberangsangkan daripada atlet dan exco MPDR. Tahniah diucapkan kepada pemenang.