Lain-lain peraturan yang perlu dipatuhi
1. Menampal kenyataan
Sebarang kenyataan dan pelekat hanya boleh ditampal di papan kenyataan yang disediakan sahaja. Dilarang menampal dan melekat sebarang gambar/poster ynag tidak sesuai (contoh: penyanyi atau artis dan lain-lain).
2. Kekemasan dan kebersihan bilik
Setiap penghuni bertanggungjawab terhadap kebersihan bilik masing-masing setiap masa. Semua peralatan (seperti lampu, kipas, cermin tingkap) dan perabot (seperti almari, katil, meja, laci) di dalam bilik mestilah sentiasa bersih dan berkeadaan baik. Setiap bilik akan dibekalkan dengan bakul sampah, penyodok dan penyapu. Pastikan semuanya diletak di dalam bilik dan sampah tidak disapu keluar ke koridor.
Pastikan sampah dibuang ke dalam tong sampah besar yang disediakan di setiap tingkat sebelum jam 8.30 pagi setiap hari.
3. Kasut/selipar di koridor
Bagi memastikan koridor bersih dan memudahkan laluan semasa kecemasan, saudara/I dikehendaki meletak item-item tersebut di dalam bilik masing-masing. Sekiranya ia masih terletak di luar bilik (terutama kasut/selipar) ia akan dirampas tanpa sebarang notis.
4. Peraturan berpakaian
Semua penghuni diingatkan supaya mematuhi cara pakaian yang telah ditetapkan oleh Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar USM.
5. Peraturan meletak kenderaan
Penghuni diminta meletak kenderaan masing-masing secara teratur dan mengikut peraturan lalulintas. Sebarang kenderaan yang diletak tidak mengikut peraturan akan diambil tindakan.
6. Penjimatan tenaga elektrik
Penghuni dinasihatkan supaya berjimat menggunakan tenaga elektrik. Pastikan suis kipas angin dan lampu dipadamkan apabila tidak digunakan atau keluar dari bilik. Lampu utama bilik hanya dibenarkan sehingga jam 12.00 tengah malam sahaja. Selepas jam 12.00 tengah malam, lampu utama bilik hendaklah dipadamkan dan sesiapa yang hendak menggunakan lampu, hanya lampu meja dibenarkan.
7. Penggunaan saterika dan cerek
Sekiranya saterika/cerek rosak disebabkan oleh kecurian penghuni secara sengaja atau tidak sengaja, bayaran pembaikan akan dikenakan ke atas penghuni tersebut atau semua penghuni di tingkat yang berkenaan.
8. Menyidai pakaian
Pastikan pakaian disidai di tempat-tempat yang disediakan sahaja, seperti di ampaian di luar blok masing-masing. Pakaian yang disidai di tempat-tempat lain akan dirampas dan dikenakan denda. Jangan sidai pakaian di tingkap.
9. Jualan makanan, rokok dan lain-lain
Sebarang aktiviti penjualan makanan, rokok, cd dan lain-lain di dalam banguan asrama adalah tidak dibenarkan sama sekali.
10. Tuala wanita ( sanitary napkins)
Pastikan tuala wanita dibuang ke dalam "sanitary bin" yang disediakan. Mambuangnya ke dalam mangkuk tandas akan menyebabkan tandas serta "manhole" tersumbat dan mengganggu keselesaan penghuni sendiri.
11. Sampah sarap dan sisa makanan
Pastikan sampah sarap dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan. Sisa makanan diikat di dalam plastik, bahan kaca dibungkus dalam kertas dan putung rokok dipadamkan terlebih dahulu sebelum dibuang ke dalam tong sampah.
12. Kunci bilik
Pastikan anda mengunci bilik dan membawa bersama kunci anda apabila keluar dari bilik. Denda akan dikenakan ke atas penghuni yang meminjam kunci dari Pejabat Desasiswa.
Pinjam Kunci : RM 3.00 (waktu pejabat)
RM 5.00 (selepas waktu pejabat)
Kehilangan kunci bilik : RM 7.00 satu anak kunci
Tag Kunci : 3 kali ganda harga belian
13. Langsir
Pastikan langsir tidak terkeluar dari tingkap atau digulung/disimpul atau diperlakukan seumpama dengannya. Penghuni juga dilarang menanggalkan dan membawa keluar langsir dari bilik masing-masing bagi tujuan yang lain. Ganti rugi akan dikenakan sekiranya didapati langsir hilang.
14. Larangan merokok
Kampus USM diwartakan sebagai kawasan larangan merokok. Oleh itu pelajar tidak dibenarkan merokok di mana-mana tempat di dalam kawasan kampus termasuk di kawasan asrama. Tindakan boleh diambil sekiranya didapati pelajar melanggar peraturan ini tanpa notis terlebih dahulu.
15. Lif
Sesiapa yang didapati menyalahgunakan lif (seperti menconteng dindingnya) akan dikenakan denda sebanyak RM 50.00 atau dibuang daripada desasiswa atau kedua-duanya sekali.
Keceriaan bilik
1. Di larang menampal dan melekatkan sebarang gambar/poster yang tidak sesuai ( contoh: penyanyi/artis dan lain-lain). Denda RM 20.00
2. Setiap penghuni bertanggungjawab supaya sentiasa menjaga kebersihan dan kekemasan bilik masing-masing. Tilam dan bantal hendaklah sentiasa bersarung dan bercadar. Denda RM 20.00
3. Semua peralatan (seperti lampu. kipas, cermin tingkap) dan perabot (seperti almari, katil, meja, laci) di dalam bilik mestilah sentiasa bersih daripada sawang dan kekotoran serta berkeadaan baik. Penghuni juga dilarang mengotor/mencacatkan sebarang kelengkapan asrama. Denda RM 20.00
4. Setiap bilik akan dibekalkan dengan bakul sampah, penyodok dan penyapu. Pastikan semuanya diletak di dalam bilik dan sampah tidak disapu keluar ke koridor. Denda RM 20.00
5. Pastikan sampah dibuang ke dalam tong sampah besar yang disediakan di setiap tingkat sebelum jam 8.30 pagi setiap hari. Denda RM 20.00
6. Bagi memastikan koridor bersih dan memudahkan laluan semasa kecemasan, penghuni dikehendaki meletak item-item seperti kasut/selipar di dalam bilik masing-masing. Sekiranya ia masih terletak di luar bilik (terutama kasut/selipar) ia akan dirampas tanpa sebarang notis. (seorang penghuni dibenarkan 2 pasang kasut sahaja) Denda RM 50.00 untuk setiap pasang kasut/selipar yang dirampas.
7. Penghuni diwajib menjimatkan penggunaan elektrik. suis kipas angin dan lampu dipadamkan apabila tidak digunakan atau keluar dari bilik. Lampu utama bilik hanya dibenarkan sehingga jam 12.00 tengah malam sahaja. Selepas jam 12.00 tengah malam, lampu utama bilik hendaklah dipadamkan dan sesiapa yang hendak menggunakan lampu, hanya lampu meja dibenarkan. Denda RM 20.00
8. Pastikan pakaian disidai di tempat-tempat yang disediakan sahaja, seperti di ampaian di luar blok masing-masing. Pakaian yang disidai di tempat-tempat lain akan dirampas. Denda RM 20.00
9. Pastikan anda mengunci bilik dan membawa bersama kunci anda apabila keluar dari bilik. Denda akan dikenakan ke atas penghuni yang meminjam kunci dari Pejabat Desasiswa. Denda RM 3.00 (waktu pejabat) RM 5.00 (waktu selepas pejabat)
10. Pastikan langsir tidak terkeluar dari tingkap atau digulung/disimpul atau diperlakukan seumpama dengannya. Penghuni juga dilarang menanggalkan dan membawa keluar langsir dari bilik masing-masing bagi tujuan yang lain. Denda RM 20.00