|
Seizur simple partial berlaku dengan cara yang berbeza untuk orang yang berbeza. Ia mungkin menjadi aura jika jenis gelugut yang lain berlaku berikutannya. Fenomena yang spesifik menerangkan bahagian otak yang terlibat ( sila rujuk Jadual 1 ). Ia diklasifikasikan seperti berikut menurut simptom-simptom yang berlaku.
Gelugut
autonomik · Gelugut jenis ini berlaku dengan simptom dan tanda-tanda autonomik. · Contohnya, ketidakselesaan abdominal atau nausea yang berlaku sehingga ke kerongkong ( epigastric rising ), sakit perut, kedengaran seperti bunyi gas bergerak ke intestine ( borborygmi ), belching, flatulence dan muntah. Ini kadang kala dikenali sebagai epilepsi abdominal. (2) · Simptom yang lain mungkin merangkumi pallor, flushing, perpeluhan, piloerection, dilatasi pupil, perubahan dalam kadar jantung dan kadar respiras, serta urinasi. · Segolongan kecil akan mengalami sexual arousal, ereksi penile dan orgasm.(2) · Pergerakan yang di luar kawalan boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan. Contohnya, mata mungkin bergerak dari sisi ke sisi, pergerakan luar biasa lidah dan twitching pada muka.(6) · Simple partial gelugut yang berlaku dalam atau yang mendekati temporal lobes selalunya akan menyebabkan pesakit mengalami pelbagai pengalaman yang luar biasa. · Mereka mungkin akan mempunyai ingatan lampau yang jelas atau sensasi déjà vu yang kuat. Gelugut jenis ini biasanya sangat singkat dan selalunya, hanya intensiti dan suddenness untuk perasaan ini yang membezakan seseorang itu mengalami pengalaman déjà vu dengan yang mengalami simple partial gelugut.(5) · Seseorang mungkin akan melihat atau mendengar sesuatu yang sebenarnya tidak wujud. Suatu perasaan takut yang datang secara tiba-tiba boleh berlaku akibat simple partial gelugut yang berlaku dalam bahagian otak yang mengawal emosi. (2) · Dalam kes-kes yang luar biasa, partial gelugut mungkin menyebabkan rasa marah atau gembira yang tiba-tiba. Mungkin juga seseorang akan merasai suatu bau atau rasa yang teruk, suatu perasaan pelik dalam perut atau rasa seperti choking. · Gelugut jenis ini kadang kadang dikenali sebagai simple partial gelugut of temporal lobe origin atau temporal lobe auras. (2) · Pesakit dengan epilepsi ini mempunyai risiko dan insidens yang tinggi untuk develop gangguan psikiatrik jika berbanding dengan pesakit dengan jenis gelugut yang lain; 33 % akan mendapat gangguan psikologik, dan 10 % akan mempunyai simptom schizophreniform atau psychoses depressi.(1) · Jika gelugut berasal dari lobe frontal, pesakit akan mengalami simptom yang berbeza. Oleh kerana kawasan otak ini secara amnya berkait rapat dengan pergerakan, gelugut jenis ini juga dikenali sebagai motor gelugut.(2) · Jacksonian motor seizures merupakan suatu gelugut yang kurang popular. Ia dinamakan sempena neurologist British, Hughlings Jackson. Kadang-kadang, ia akan menyebar ke bahagian otak yang lain dan menjadi tonic-clonoc seizures.(5) · Penyebaran simptom focal motor yang bermula dari salah satu belah tangan dan kemudiannya ' march ' up ke bahagian extremities ini dinamakan Jacksonian march.(2) · Pergerakan convulsive klonik, jerking biasanya bermula pada satu bahagian badan-- muka, kaki atau lengan-- dan mungkin berterusan ke bahagian badan yang lain. · Serangan focal yang lain mungkin mempengaruhi bahagian muka dulu, kemudiannya menyebar ke bahagian bawah badan yang meliputi lengan atau kaki. Pergerakan ini tidak dapat diberhentikan, dan sesetengah mungkin proceed ke generalized epilepsi.(6) · Jika kepala pesakit menghala ke kiri atau tangan dan lengan kiri yang dipengaruhi dalam gelugut, ini bermaksud aktiviti epileptik berlaku di lobe frontal kanan dan vice versa. · Oleh kerana lobe ini turut mengawal percakapan, sesetengah pesakit akan mengalami speech arrest, menyebabkan ketidakupayaan bercakap atau percakapan yang tidak dapat difahami.(5) · Selepas gelugut jenis ini ( yang juga berlaku dalam masa yang singkat ), pesakit akan mengalami suatu jangka masa keletihan yang singkat. Dalam keadaan tertentu, pesakit akan menjadi paralysed dan ini dikenali sebagai 'Todd's paralysis'. (5) · Sesetengah simple partial gelugut terdiri daripada pengalaman sensori. Dalam gelugut ini, lobe parietal mungkin terlibat. Pesakit akan terlihat cahaya, terdengar bunyi buzzing, akan terasa tingling atau numbness pada bahagian badan. · Kelima-lima deria rasa, sentuh, hidu, pendengaran, rasa dan pemandangan dikawal oleh beberapa bahagian dalam otak. Simple partial gelugut dalam kawasan ini boleh mengakibatkan sensasi seperti bunyi berdering, bunyi hissing, buzzing or ringing yang luar biasa; mendengar suara yang sebenarnya tidak wujud. rasa yang tidak menyenangkan, bau yang luar biasa serta penyelewengan dalam apa yang dilihat. (6) · Sebagai contoh, suatu bilik mungkin kelihatan menjadi lebih sempit atau lebih lebar daripada asalnya dengan tiba-tiba. Objek mungkin kelihatan gerak berjauhan ataupun berdekatan.(6) · Nausea yang berlaku secara tiba-tiba biasanya berlaku. Sakit perut mungkin juga disebabkan oleh simple partial gelugut.(6) · Episod perpeluhan, flushing, atau muka menjadi pucat secara tiba-tiba juga berkemungkinan berlaku. · Gelugut ini kadang kala dipanggil Jacksonian sensory gelugut.(2)
Generalisasi sekunder · Untuk kes yang tertentu, aktiviti yang memulakan simple partial gelugut akan tersebar ke seluruh otak dan menyebabkan tonic-clonic gelugut. Ini dikenali sebagai secondary generalised gelugut. · Selalunya, pesakit akan mengalami simple partial gelugut sebagai suatu 'aura' atau amaran, tetapi dalam keadaan yang tertentu, penyebaran aktiviti epileptik akan berlaku dengan terlalu cepat, sehingga pesakit terus ke peringkat tonic-clonic gelugut tanpa melalui aura. Ini akan menimbulkan masalah diagnosis, sehingga skan yang diperlukan dijalani dan pakar berupaya mengetahui di mana aktiviti bermula. Rujukan
1. drkoop.com: Conditions and Concerns: Medical Encyclopedia (
online ). University of Maryland Medicine. Didapati daripada:
2.
Complex
Partial Seizures ( online ). Epilepsy Action Scotland. Didapati daripada:
3. Epilepsy Association – Complex Partial Seizures ( online ).
Epilepsy Association of South Australia. Didapati daripada:
4. All About Partial Seizures: Complex Partial Seizures ( online ).
Epilepsy Foundation. Didapati daripada:
5. Epilepsy Ontaria – Complex partial Seizures ( online ). Epilepsy
Ontario. Didapati daripada:
6. British Epilepsy Association l Information l Complex Partial
Seizures ( online ). Didapati daripada:
7. AA Murro. ( August, 2001 ). Complex Partial Seizures from
Neurology / Seizures And Epilepsy ( online ). ( Vol 2, No 8 ). eMedicine
Journal. Didapati daripada: |
||||||||
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau masalah mengenai penyakit epilepsi. Kami bersedia untuk menjawab kemusykilan anda. | |||||||||
[laman utama][maklumat awam][maklumat profesional][faq][bantuan kecemasan][capaian & k.sokongan] [kalender akitiviti][kenali kami] |