jenis epilepsi
sawan separa mudah
sawan separa kompleks
diagnosis
simptom
komplikasi
sawan menyeluruh
rawatan
isu warga tua
isu kanak-kanak


Sawan Separa Kompleks
 

Sawan merupakan suatu perubahan sementara dalam fungsi otak yang disebabkan oleh corak aktiviti elektrikal yang abnormal dalam neuron-neuron. 1

Ia merupakan bentuk sawan ‘separa’ kerana menggangu sebahagian otak sahaja, ‘kompleks’ kerana gangguan itu mempengaruhi sebilangan fungsi-fungsi otak yang berlainan lalu menyebabkan perubahan dalam kesedaran. Ia juga digelar sawan lobus temporal kerana aktiviti elektrikal yang berlebihan biasanya bermula dan paling kerap mengganggu bahagian otak ini. Tetapi gangguan ini boleh juga tersebar ke bahagian-bahagian otak yang lain dan menimbulkan sawan jenis yang lain seperti sawan umum. 2

Lobus temporal mengawal banyak fungsi, iaitu fungsi-fungsi jantung, salur darah, respirasi dan gastrousus, ingatan jangka pendek, pendengaran, penghiduan, percakapan, emosi dan perasaan seksual. Tanda – tanda dan simptom-simptom yang muncul semasa serangan sawan adalah akibat gangguan fungsi-fungsi ini, biasanya berupa psikologikal atau psikiatrik, maka kadang-kadang ia juga digelar sawan psikomotor. 2, 3

Sawan separa kompleks mempengaruhi kira-kira 1-5 daripada 1000 orang. Ia boleh berlaku pada sebarang umur. Biasanya ia lebih dialami dalam kalangan kanak-kanak ( 8-10 tahun ) dan dewasa. 1

Kebanyakan pesakit sawan mempunyai corak sawan yang tertentu, kelakuan yang dipamerkan oleh sawan sebegini digelar ‘stereotyped’. 4

Tempoh serangan mungkin berlanjutan beberapa saat atau beberapa minit ( biasanya melebihi 2-4 minit ) 5 tetapi mungkin berterusan sehingga 20 minit atau lebih. Kecuali dalam keadaan yang jarang, biasanya otak akan memulihkan serangan sawan itu dengan sendirinya. 4

 

Gangguan kesedaran yang berlaku semasa serangan sawan tidak bermakna seseorang akan pitam tetapi ia menyebabkan seseorang mungkin berasa keliru untuk suatu jangka masa dan sukar mengingati apa-apa yang telah berlaku sebelumnya selepas serangan berakhir atau ingatannya mungkin terherot. 6

Rujukan 

1.         drkoop.com: Conditions and Concerns: Medical Encyclopedia ( online ). University of Maryland Medicine. Didapati daripada:
http://www.umm.drkoop.com
Tarikh perolehan: 23/10/2001 

2.                   Complex Partial Seizures ( online ). Epilepsy Action Scotland. Didapati daripada:
http://www.epilepsyscotland.org.uk/factsheets/factsheet_13.htm
Tarikh perolehan: 22/10/2001

3.         Epilepsy Association – Complex Partial Seizures ( online ). Epilepsy Association of South Australia. Didapati daripada:
http://www.span.com.au/epilepsy/cps.html
Tarikh perolehan: 22/10/2001

4.         All About Partial Seizures: Complex Partial Seizures ( online ). Epilepsy Foundation. Didapati daripada:
http://www.efa.org
Tarikh perolehan: 23/10/2001

5.         Epilepsy Ontaria – Complex partial Seizures ( online ). Epilepsy Ontario. Didapati daripada:
http://www.epilepsyontario.org/faqs/seizures/com-part.html
Tarikh perolehan: 22/10/2001

6.         British Epilepsy Association l Information l Complex Partial Seizures ( online ). Didapati daripada:
http://www.epilepsy.org.uk
Tarikh perolehan: 22/10/2001

7.         AA Murro. ( August, 2001 ). Complex Partial Seizures from Neurology / Seizures And Epilepsy ( online ). ( Vol 2, No 8 ). eMedicine Journal. Didapati daripada:
http://www.emedicine.com/NEURO/topic74.htm
Tarikh perolehan: 22/10/2001
 

 

  Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau masalah mengenai penyakit epilepsi. Kami bersedia untuk menjawab kemusykilan anda.
  [laman utama][maklumat awam][maklumat profesional][faq][bantuan kecemasan][capaian & k.sokongan] [kalender akitiviti][kenali kami]