jenis epilepsi
sawan separa mudah
sawan separa kompleks
diagnosis
simptom
komplikasi
sawan menyeluruh
rawatan


Sawan Separa Kompleks
Diagnosis dan Klinikal 7

Sejarah:

§         Mengesahkan pesakit tidak mempunyai punca bukan-epileptik untuk episod kehilangan kesedaran seperti kejadian psikogenik bukan-epileptik, sinkop, amnesia global sementara, migrain atau parasomnia tertentu

§         Sejarah aura, merenung, tidak responsif serta automatism

§         Tanda-tanda dan simptom-simptom yang sangat berbeza semasa serangan sawan menyebabkan diagnosis susah dibuat. Dapatkan sejarah daripada pesakit tentang pengalaman-pengalaman yang ganjil ini dapat membantu dalam diagnosis tepat

§         Kuantitikan keterukan sawan berdasarkan komplikasi dan frekuensi sawan terdahulu

§         Termasuk juga respons terhadap antikonvulsi atau pembedahan terdahulu

§         Termasuk juga keputusan MRI dan EEG kranial terdahulu

§         Skrin untuk etiologi yang mungkin seperti jangkitan otak, trauma, epilepsi hereditari, strok, kecederaan otak prenatal, displasia kortikal atau simptom-simptom postictal fokal
 

Fizikal:

Untuk menjelaskan penemuan-penemuan neurologikal fokal-kortikal

§         Afasia – kecacatan atau hilang upaya menyampaikan mesej / expression  atau memahami sesuatu melalui bahasa percakapan, penulisan atau tanda-tanda, kerana kecederaan atau penyakit otak

§         Apraksia – hilang upaya melakukan sesuatu pergerakan biasa dan bertujuan walaupun tiada lumpuh atau gangguan sensori atau motor yang lain

§         Unilateral neglect – hemiapraksia dengan kegagalan memberi perhatian kepada kekemasan badan / bodily grooming dan perangsang pada satu bahagian tetapi bukan bahagian yang satu lagi, kerana lesi pada CNS, seperti selepas strok

§         Kelemahan anggota unilateral

§         Kelemahan muka unilateral

§         Tona otot meningkat

§         Refleks deep tendon meningkat

§         Pronator drift – pergerakan lambat daripada posisi normal atau semulajadi

§         Refleks ekstensor plantar

Kajian imaging:

§         Pemonitoran video-EEG ( transmisi maklumat antara neuron-neuron melalui proses elektrokimia yang dikesan sebagai aktiviti elektrikal oleh elektroensefalografi / EEG ), pengimbasan tomografi komputer emisi foton tunggal / single photon emission computerized tomography ( SPECT ) dengan penyuntikan radioisotop sebaik sahaja onset sawan ( ictal SPECT scan ) dapat menunjukan fokus ( lokasi punca sawan ) dalam lobus frontal atau temporal otak sebagai kawasan yang perfusi meningkat

~ EEG dilakukan pada setiap pesakit yang mengalami ‘spell’ / mungkin  sawan

*discaj elektrikal paroksismal ( gelombang spike atau tajam ) mungkin direkod dalam kawasan onset sawan yang berpotensi

      *interictal EEG negatif tidak mengecualikan diagnosis epilepsi

*sekiranya EEG sedar adalah negatif, suatu EEG kekurangan tidur mungkin menunjukan ketidaknormalan bentuk epileptik

*apabila EEG dan sejarah tidak dapat digunakan, pemonitoran video-EEG adalah berguna untuk diagnosis pembezaan

*EEG ambulatori mungkin berguna dalam kes-kes tertentu walaupun ia memberikan maklumat yang sedikit tentang accompaniments klinikal ketidakabnormalan elektrografik berbanding pemonitoran video-EEG

§         CT atau MRI menunjukan fokus dan darjah lesi otak yang menyebabkan simptom-simptom

~ pengurangan isipadu hipokampal atau peningkatan isyarat pada sekuen MRI khas mungkin merupakan sklerosis mesial lobus temporal

~ Gadolinium ( Gd, sejenis unsur yang jarang dengan nombor atom 64 dan berat atom 157.25 ) digunakan, sekiranya disyaki neoplasm atau malformasi vaskular

~ perubahan kortikal yang ringan akibat displasia kortikal mungkin cuai tidak terperhati

§         Pengimbasan tomografi emisi positron ( PET ) digunakan seperti SPECT, jika ada
 

Penemuan histologik:

§         Paling kerap ditemui dalam golongan pesakit sawan lobus temporal ialah sklerosis mesial lobus temporal, ia merujuk kepada kehilangan neuronal hipokampal, terutamanya kehilangan sel piramidal yang lebih banyak berbanding sel granul


 

Rujukan 

1.         drkoop.com: Conditions and Concerns: Medical Encyclopedia ( online ). University of Maryland Medicine. Didapati daripada:
http://www.umm.drkoop.com
Tarikh perolehan: 23/10/2001 

2.                   Complex Partial Seizures ( online ). Epilepsy Action Scotland. Didapati daripada:
http://www.epilepsyscotland.org.uk/factsheets/factsheet_13.htm
Tarikh perolehan: 22/10/2001

3.         Epilepsy Association – Complex Partial Seizures ( online ). Epilepsy Association of South Australia. Didapati daripada:
http://www.span.com.au/epilepsy/cps.html
Tarikh perolehan: 22/10/2001

4.         All About Partial Seizures: Complex Partial Seizures ( online ). Epilepsy Foundation. Didapati daripada:
http://www.efa.org
Tarikh perolehan: 23/10/2001

5.         Epilepsy Ontaria – Complex partial Seizures ( online ). Epilepsy Ontario. Didapati daripada:
http://www.epilepsyontario.org/faqs/seizures/com-part.html
Tarikh perolehan: 22/10/2001

6.         British Epilepsy Association l Information l Complex Partial Seizures ( online ). Didapati daripada:
http://www.epilepsy.org.uk
Tarikh perolehan: 22/10/2001

7.         AA Murro. ( August, 2001 ). Complex Partial Seizures from Neurology / Seizures And Epilepsy ( online ). ( Vol 2, No 8 ). eMedicine Journal. Didapati daripada:
http://www.emedicine.com/NEURO/topic74.htm
Tarikh perolehan: 22/10/2001
 

 

  Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau masalah mengenai penyakit epilepsi. Kami bersedia untuk menjawab kemusykilan anda.
  [laman utama][maklumat awam][maklumat profesional][faq][bantuan kecemasan][capaian & k.sokongan] [kalender akitiviti][kenali kami]