maklumat profesional
etiologi
patofisiologi
diagnosis
jenis epilepsi
sawan separa mudah
sawan separa kompleks
sawan menyeluruh
rawatan
isu warga tua
isu kanak-kanak


SAWAN MENYELURUH
SAWAN MENYELURUH ( GENERALIZED SEIZURE
) 

Sawan menyeluruh merupakan jenis sawan yang tidak dapat dikesan pemusatan masa mula dan ia melibatkan kedua-dua hemisfera otak dari masa mula ia berlaku.Kebiasaannya pesakit akan menggeletar dan mulut mereka akan berbuih-buih. 

            Sawan ini diklasifikasikan kepada dua iaitu idiopatik ( primer ) atau simptomatik ( sekunder ). 

Sawan jenis idiopatik ini kadangkala dikaitkan dengan keadaan pewarisan. Tidak menunjukan keabnormalan pada struktur otak.Dikategorikan daripada pemeriksaan neurologikal biasa, pembentukannya adalah biasa ( normal development) dan gambaran neuro adalah daripada jenis yang biasa berlaku .Sawan  primer ini memang selalu berlaku dan selalunya EEG pesakit adalah normal iaitu tiada keabnomalan ketara daripada pemeriksaan EEG. Mempunyai tindakbalas dan prognosis yang baik terhadap terapi.

 Sawan jenis simptomatik pula dicirikan melalui pembentukan mental yang lambat, ketidaknormalan dalam struktur otak, sukar dipengaruhi dan proses pemulihan adalah lambat walaupun rawatan secara berterusan telah dilakukan.


 

 

  Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau masalah mengenai penyakit epilepsi. Kami bersedia untuk menjawab kemusykilan anda.
  [laman utama][maklumat awam][maklumat profesional][faq][bantuan kecemasan][capaian & k.sokongan] [kalender akitiviti][kenali kami]