jenis epilepsi
sawan separa mudah
sawan separa kompleks
diagnosis
simptom
komplikasi
sawan menyeluruh
rawatan

 

Sawan Separa Kompleks
Simptom

Simptom-simptom yang dialami oleh pesakit sendiri 1 - 7
Simptom-simptom yang dilihat oleh orang lain 1 - 7

Simptom-simptom yang dialami oleh pesakit sendiri 1 - 7

 Setiap orang yang dipengaruhi akan terasa sesuatu yang berbeza, mungkin mengalami perasaan yang kabur, luarbiasa yang sukar dijelaskan. 4 Simptom-simptom manifestasi sebagai perubahan emosi, psikik dan persepsi.

 Pesakit mungkin mengalami

·        Perubahan kesedaran tentang persekitaran ( sangat umum )

·        Rasa keliru, disorientasi

·        Mual, rasa tidak sedap perut, sakit abdomen 1, 3, 6

·        Rasa bukan realiti, seolah-olah seperti mimpi

·        Perasaan gelisah, panik, bersemangat, takut, sedih, atau gembira 2, 3

·        Emosi atau rasa seolah-olah pernah pergi sesuatu tempat atau melihat sesuatu benda ( agak umum ) – deja vu

·        Benda-banda yang biasa seolah-olah ganjil, tidak dikenali – jamais vu 6

·        Masa berlalu sangat cepat atau lambat 2

·        Persekitaran mungkin dirasai besar, terlalu kecil, berpulas-pulas atau aneh 2

·        Benda-benda yang biasa mengambil rupabentuk yang menakutkan 2

·        Dapat melihat benda, mendengar bunyi, atau menghidu bau yang tidak wujud atau deria-deria pada lidah terasa ganjil ( agak umum ) – halusinasi deria

·        Sukar mengingat kembali apa-apa tentang serangan yang berlaku tadi

·        Denyutan jantung / nadi menjadi cepat 1

·        Sakit dada 1

·        Sukar bernafas 1

Ia selalunya bermula dengan aura ringkas ( sawan separa ringkas ) selama beberapa saat yang menjadi sawan separa kompleks. Jenis aura adalah berkaitan dengan tapak onset kortikal. Sawan lobus parietal bermula dengan sensasi elektrikal, dicucuk-cucuk, atau kebas-kebas. Sawan lobus oksipital mungkin bermula dengan perubahan visual seperti garisan, titik, bentuk bewarna ataupun kehilangan penglihatan. 7
 

Simptom-simptom yang dilihat oleh orang lain 1 - 7

Semasa serangan sawan, seseorang tidak mengalami konvulsi tetapi adalah kurang sedar dan kurang mengerti tentang diri dan persekitarannya, maka orang lain dapat merasakan penglihatan, percakapan, pemikiran dan personalitinya berubah apabila melihatnya tidak dapat berinteraksi secara normal dengan orang lain, tidak dapat mengawal pergerakan, percakapan, atau tindakannya ( selalunya adalah tidak teratur, mengelirukan dan tidak terfokus ) dan tidak tahu apa yang sedang dilakukannya. 4

Ini kerana dia sebenarnya dalam keadaan seperti mimpi dan terpukau walaupun masih sedar ( masih lagi berdiri, mata terbuka dan boleh berjalan ). 4

Berkemungkinan besar mereka akan melihat seseorang itu

·        Mula-mulanya, merenung atau mempamerkan raut muka kosong 4, 5, 7

·        Automatism, iaitu kelakuan verbal atau motor yang abnormal dan quasi-purposeful / seolah-olah bertujuan, ‘quasi-purposeful’ kerana kurang sesuai diulangi atau dilakukan dalam situasi tertentu ( sebenarnya ialah perlakuan kompleks, tidak bermakna yang secara berulang-ulang dan tidak teratur ). Automatism verbal boleh dalam bentuk suaraan mudah seperti mengeluh, bercakap secara tidak jelas atau percakapan yang lebih ‘stereotyped’, kompleks dan dapat difahami.

Automatism de novo merupakan kelakuan motor quasi-purposeful selepas onset sawan. Dalam kes lain kelakuan motor yang berlaku sebelum onset sawan merupakan automatism perseveration. Motor automatism dibahagikan kepada 2 jenis, iaitu mudah dan kompleks. 7

Motor automatism mudah pula terdiri daripada 2 jenis, iaitu berupa oral dan manual. Automatism oral adalah seperti mengunyah sesuatu, menelan sesuatu dan mengecap-ngecap bibir, automatism manual pula berupa perlakuan membelek-belek pakaian, mengelip-gelip mata, menggaru-garu kepala, seolah-olah mencari sesuatu dan merayau-rayau / berjalan tanpa tujuan.

Motor automatism kompleks adalah lebih sukar dan berkoordinasi yang melibatkan ekstremiti bilateral seperti pergerakan tangan seolah-olah memukul, berenang atau pergerakan kaki seolah-olah mengayuh basikal ( jarang ).

·        Sekiranya serangan berlaku semasa aktiviti normal seperti memakan, memandu, mengacau kopi atau mencuci kad judi, ia akan diteruskan secara automatik, mekanikal dan tidak teratur – sejenis automatism juga  1, 4

·        Memberi respons yang kurang sesuai semasa berinteraksi, seperti tidak dapat mengikut arahan polis atau mengenali ancaman persekitarannya seperti haba, air, api, ketinggian dan lain-lain 4

·        Tidak dapat menumpukan perhatian 1

·        Hilang pertimbangan 1

·        Kehilangan kesedaran tentang masa seperti tiada ingatan tentang serangan tadi ( sangat umum ) 1 - 7

·        Berpeluh 1, 6

·        Muka merah padam atau sangat pucat 1, 6,

·        Pupil berdilatasi 1

·        Mungkin menanggalkan pakaian ( jarang ) 4

·        Menjadi takut secara tiba-tiba dan cuba melarikan diri atau bergelut, menjerit 4, 5

·        Sesetengah pesakit mungkin menjadi mudah marah, menjerit, berlari, 4, 5

·        Automatism yang pelik seperti pergerakan anggota berselang-seli atau mengguling kepala kiri-kanan yang mungkin berlaku dengan sawan lobus frontal

Sawan lobus frontal biasanya bermula dengan automatism motor yang rancak atau aktiviti klonik atau tonik yang ‘stereotyped’. Sawan lobus ‘extra-temporal’ mungkin boleh tersebar cepat ke lobus frontal dan menghasilkan kelakuan motor seperti sawan separa kompleks lobus frontal. 7
 

Rujukan 

1.         drkoop.com: Conditions and Concerns: Medical Encyclopedia ( online ). University of Maryland Medicine. Didapati daripada:
http://www.umm.drkoop.com
Tarikh perolehan: 23/10/2001 

2.                   Complex Partial Seizures ( online ). Epilepsy Action Scotland. Didapati daripada:
http://www.epilepsyscotland.org.uk/factsheets/factsheet_13.htm
Tarikh perolehan: 22/10/2001

3.         Epilepsy Association – Complex Partial Seizures ( online ). Epilepsy Association of South Australia. Didapati daripada:
http://www.span.com.au/epilepsy/cps.html
Tarikh perolehan: 22/10/2001

4.         All About Partial Seizures: Complex Partial Seizures ( online ). Epilepsy Foundation. Didapati daripada:
http://www.efa.org
Tarikh perolehan: 23/10/2001

5.         Epilepsy Ontaria – Complex partial Seizures ( online ). Epilepsy Ontario. Didapati daripada:
http://www.epilepsyontario.org/faqs/seizures/com-part.html
Tarikh perolehan: 22/10/2001

6.         British Epilepsy Association l Information l Complex Partial Seizures ( online ). Didapati daripada:
http://www.epilepsy.org.uk
Tarikh perolehan: 22/10/2001

7.         AA Murro. ( August, 2001 ). Complex Partial Seizures from Neurology / Seizures And Epilepsy ( online ). ( Vol 2, No 8 ). eMedicine Journal. Didapati daripada:
http://www.emedicine.com/NEURO/topic74.htm
Tarikh perolehan: 22/10/2001
 

 

  Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau masalah mengenai penyakit epilepsi. Kami bersedia untuk menjawab kemusykilan anda.
  [laman utama][maklumat awam][maklumat profesional][faq][bantuan kecemasan][capaian & k.sokongan] [kalender akitiviti][kenali kami]