Keperluan Program Mentor di USM |
|
Usaha memperkenalkan program mentor-mentee untuk kakitangan dan pelajar siswazah di USM datang dari Y. Bhg. Profersor Dato’ Dzulkifli Abdul Razak, Naib Canselor sendiri. Kesedaran ini timbul kerana kemunculan masalah psikososial di kalangan warga kampus khususnya kakitangan dan juga pelajar-pelajar siswazah USM. Kakitangan dan pelajar siswazah yang bermasalah selama ini tidak mempunyai saluran yang tertentu bagi membolehkan mereka ini mendapatkan bantuan. Walaupun terdapat khidmat kaunseling di USM sendiri, ramai yang keberatan untuk menggunakan khidmat ini kerana takut dilabelkan sebagai individu yang "bermasalah". Sistem mentor-mentee yang lebih bercorak informal ini diharapkan dapat menarik lebih ramai lagi kakitangan mendapatkan bimbingan atau bantuan dari individu yang dikenali atau yang mudah dihubungi. |
|