-
Melahirkan lebih ramai lagi kakitangan atau warga kampus yang sihat. Warga yang sihat boleh melahirkan kualiti kerja yang diperlukan serta memperkukuhkan lagi kesejahteraan sosial warga USM.
-
Meningkatkan lagi masyarakat penyayang dengan memupuk semangat kekitaan dan konsep saling bantu-membantu. Menerusi program ini mentor yang dilatih boleh menjadi agen sosial untuk mempromosikan lagi masyarakat penyayang di USM.
-
Melahirkan lebih ramai lagi ahli sukarelawan untuk membantu mereka yang memerlukan pertolongan. Program mentor-mentee berpegang kepada konsep sokong bantu atau bantu diri yang berteraskan kepada khidmat sukarela. Mentor yang dilatih dan terlibat dengan khidmat pertolongan ini tidak akan menerima apa-apa ganjaran kewangan.
-
Mencegah kemudaratan dalam apa jua aspek psikososial. Penubuhan program ini harap dapat mencegah apa jua masalah sosial dan psikologikal sebelum ia sampai ke tahap yang kritikal. Mentor yang dilatih harap dapat menjadi radar atau pengesan isu-isu psikososial bagi mereka yang mungkin memerlukan pertolongan. Mereka boleh bertindak sebagai perujuk untuk membekalkan semua khidmat sosial yang ada di dalam dan di luar USM.