Kesemua mentor wajib melalui 3 peringkat latihan yang telah dikenalpasti oleh pihak jawatankuasa mentor-mentor. Mentor akan dilatih oleh mereka yang telah terlatih dalam bidang kaunseling dan kerja sosial. Topik-topik yang diperkenalkan di peringkat latihan pertama termasuk:
- Peranan dan sistem mentor
-
Peranan dan kepentingan perkhidmatan menolong.
-
Memahami diri.
-
Keperluan psikososial kanak-kanak dan remaja.
-
Keperluan psikososial dewasa dan warga emas.
-
Personaliti tingkah laku
-
Kemahiran asas menolong
-
Proses penyelesaian masalah
-
Nilai dan etika menolong
-
Sistem maklumat dan rujukan
-
Pengenalan kepada pengurusan konflik, amarah, stres dan krisis.
Pada peringkat kedua, mentor akan dilatih dengan menggunakan kurikulum Mental Health Facilitator (MHF). Latihan ini adalah satu ‘outcome’ dan kolaborasi antara USM dengan National Board of Certified Counselors International (NBCC-I).
Pada akhir sesi latihan peringkat pertama kesemua mentor yang telah menghadiri bengkel ini diharapkan dapat memberi khidmat mentor kepada mereka yang memerlukannya. |