Pengenalan |
|
Program mentor-mentee merupakan satu program sokong-bantu di mana seorang kakitangan yang berpengalaman dan terlatih dilantik khas (mentor) sebagai perunding, pembimbing dan kaunselor kepada staf USM, ahli keluarga mereka serta pelajar siswazah USM yang memerlukan bantuan dalam apa jua aspek-aspek psikososial yang boleh menjejaskan kefungsian sosial mereka. Program ini berharap dengan pertolongan yang diberikan mereka yang dibantu dapat menguruskan isu-isu psikososial mereka dengan lebih berkesan dan akhirnya dapat meningkatkan kesejahteraan sosial demi untuk mencapai mutu kehidupan yang lebih berkualiti. "Dalam usaha mewujudkan kelestarian hari esok untuk generasi masa depan, kita perlu tumpukan usaha dalam pelbagai disiplin termasuk ekonomi, alam sekitar, pengeluaran makanan, sumber tenaga dan dimensi sosio budaya serta gaya hidup dalam kerangka pembangunan lestari untuk generasi hari esok yang lebih bermakna. Kita berharap untuk menumpukan kepada hal-hal kepentingan bersama yang bersifat unversal, dengan mengutarakan nilai yang diterima semua." |
|