Pemilihan & Peranan Mentor |
|
Program mentor-mentee mempunyai ahli jawatankuasanya sendiri. Pemilihan mentor terbuka kepada sesiapa saja dari kakitangan USM yang benar-benar berminat dalam proses menolong. Program ini menggalakkan setiap jabatan atau pusat pengajian perlu ada seorang wakil untuk menjadi mentor. Wakil dari setiap jabatan atau pusat pengajian boleh bertindak sebagai mentor kepada kakitangan yang ada. Walau bagaimana pun, mentee tidak diwajibkan bertemu dengan mentor yang sedia ada di jabatan mereka. Mentee bebas memilih sesiapa dari senarai mentor yang ada di USM. Mentor yang telah dilatih harus bersedia untuk menjalankan tugas mereka sebagai pembimbing, pembantu, perunding atau kaunselor kepada mereka yang memerlukannya. Mentor harus bersedia mengunakan pengetahuan, kemahiran dan berpegang kepada nilai-nilai dan etika menolong yang telah dibekalkan kepada mereka. |
|